Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Friday, July 4, 2014

Transformasi Kedah! Kulit Tanpa Isi

Tahun lepas dihebohkan Kedah telah menyiapkan satu pelan transformasi untuk pembangunan negeri Kedah.

Termasuk dalam pelan transformasi tersebut adalah rancangan pembangunan ekonomi, pembangunan ICT, pelancongan, pengangkutan dan pelbagai infrastruktur.

Namun, sehingga hari ini, tiada satu penerangan jelas tentang apa hasil kajian dan apa langkah langkah yang terancang untuk mencapai transformasi yang dikehendaki.

Rakyat dibiarkan tertanya tanya, apa rancangan sebenar transformasi yang telah diputuskan dan apa yang bakal dilaksanakan.

Ambil contoh, dalam pembangunan ICT, telah ada dua pelan yang dibuat sebelum ini, iaitu dalam KEDAP 2010 dizaman DS Syed Razak dan disusuli Cetakan Biru ICT negeri di zaman Arwah Ustaz Azizan. Kedua-duanya senyap selepas dilancarkan. 

Dizaman transformasi Mukhriz, nampak lagi mengarut. Tidak langsung dibentangkan pelan selain hanya menyebut dan mengulang sebut Transformasi. Tiada pelan transformasi ICT dan bidang-bidang lain untuk dibentang dan dilihat rakyat. Sebaliknya apa yg berlaku adalah program memadam kebakaran apabila satu satu isu timbul.

Jika itulah keadaannya, bermakna tiada pun pelan transformasi yang serius untuk membawa kedudukan negeri Kedah jauh lebih tinggi. Apa yang diwayang kepada rakyat hanyalah kulit tanpa isinya bagi kerajaan BN Kedah mengaburi mata rakyat.

Usahlah berjanji terlalu banyak dan berpolitik tunjuk muka kerana waktu sekarang bukan waktu berkempen pilihanraya, sebaliknya waktu bekerja setelah diberi kuasa untuk mentadbir negeri.

Herotamil,
Dreber Mesin Padi.

No comments:

Post a Comment