Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Monday, July 21, 2014

Ada Apa Antara Mukhriz Dengan Pesawah?!

Pagi ni, HT agak sibuk dengan tugas berat, nak mencantum trek baru mesin HT. Dengan trek berat lebih satu tan, mencantum bukan kerja sukar, tetapi satu kerja berat. Dibulan puasa pula, 
kena jimat tenaga kalau nak kerja sampai petang.

Masa ni la nak kumpulkan anak anak menakan mai tolong toi, kita jadi tukang boh skru saja.

La ni, alat ganti mesin pun semakin mahal, minyak pun mahal. Walaupun kami ni petani yang sebenarnya dok buat kerja dibendang, kami tak dapat subsidi macam tuan bendang. Jadi kami adalah golongan petani yang tak layak dapat apa apa bantuan. Istilah petani dimata kerajaan adalah orang yang ada memiliki bendang atau penyewa bendang. Dimana depa belajar mengistilahkan petani HT tak pasti la, cuma yang pasti didunia, depa diktiraf sebagai golongan yang pandai la.

Dalam kerajaan, bila depa bagi bonus depa bagi pada semua peringkat, walaupun banyak yang tak buat pun kerja "governing". Inclusif pula bila kena dekat depa, sampai penjawat tukang cuci, dreber semua pun dapat sebab depa kerajaan.

Tapi bagi kami petani yang ambil upah tabur baja, sembor racun, bawa kubota, menyulam, menuai padi, kami tak dapat apa-apa hanya kerana kami tidak ada tanah bendang. Lagi miskin, lagi tak dapat bantuan, itulah hukumnya.

Kami faham kalau kerajaan pusat tak faham semua ni, tapi MB Kedah baru yang dikatakan sangat prihatin, turun madrasah itu, buka posa di pondok ni, tidur rumah keluarga angkat sana sini, selfie dengan pelajar dan macam macam aktiviti yang dikitar dalam FB dan web, takkan tak sedar masalah ni.

Sibuk dengan lapangan terbang khayalan, sibuk dengan taman sains perubatan, sibuk dengan bandar getah yang sampai sekarang entah dimana, MB Kedah nampaknya syok sendiri. Realitinya tidak ada apa yang berlaku pun!

Adalah lebih baik MB tolong tengok golongan pesawah yang tidak didendang ni. Depa ni la yang berperanan tebang buluh pasang bendera ditengah malam masa pilihanraya, nak bagi ahli politik dok sedap dalam wisma tu. Malah sampai la ni pun, depa dok tabur baja pakai baju cap kati. Puak puak hat dok pejabat tu, depa hanya tau cekak pinggang saja, rancang sana, rancang sini, gaji pun dibayar penuh. Kalau takdak golong bawah ni yang dok laksana, rancangan hanya dok atas kertas saja, macam lapangan terbang dan bandar getah tu. Jadi difikir fikirlah siapa sebenarnya yang meletakkan pemimpin ditempat itu?!!

HT tengok, negeri Kedah ni transformasi yang berlaku hanya dalam khayalan MB sahaja. Dibumi nyata, petani yang menjadi teras kepada hidup mati negeri Kedah sejak berzaman pun tidak termasuk dalam apa apa pelan transformasi negeri. Transformasi apa nya bila purata hasil padi seekar semakin menurun, dan keluasan bendang juga semakin menurun?! Sedangkan di Selangor, hasil padi semakin meningkat walaupun sudah tinggi berbanding dengan Kedah.

Apa sebenarnya pelan transfosmasi pertanian negeri Kedah!

Kalau Mukhriz fikir, dengan acara menghulur seratus dua yang dinaiktaraf pada Ramadhan sudah mencukupi untuk membantu rakyat Kedah, nyatalah Mukhriz sedang berkhayal. Dan MB yang sedang berkhayal dan dilamun dengan lambungan orang sekeliling tidak kekal lama ditampuk pemerintahan Kedah.

Maafkan HT kerana memberi pandangan berlainan daripada kebanyakan rakyat Kedah yang terpesona dengan wayang yang ditayangkan Mukhriz. Tak salah jika rakyat terpesona kerana Mukhriz sendiri pun terpesona dengan wayang beliau sendiri.

Seperti dadah yang mengkhayalkan, suka atau tidak realiti pasti dirasai akhirnya.

Tak perlu menafikan perkara yang haq.

Heromtamil,
Drebar Mesin Padi.

No comments:

Post a Comment