Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Thursday, July 10, 2014

Muhkriz: The Neo Lah Badawi II : Pemborosan

Lebih setahun pentadbiran Mukhriz di Kedah sejak menang PRU-13, tidak nampak banyak perubahan yang berbentuk isi oleh Mukhriz, melainkan kulit dan hiasan semata-mata.

Selfie tidak bersalah, yang bersalah, Selfie Tiap2 hari!!
Suka atau tidak, Mukhriz nyata lebih kerap dilihat sebagai model selfie berbanding dengan menteri besar yang memimpin pentadbiran negeri. Malah lebih banyak ditunjukkan aktiviti yang remeh berbanding dengan urusan teras yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin negeri.

Dimana ditunjukkan kepada rakyat Kedah pelan transformasi negeri yang dijaja sana sini apabila sesuatu projek dilancarkan? Seperti Lah Badawi yang membawa kejatuhan BN pada 2008 setelah gemilang dan tembelang semenjak 2003 (walaupun BN akhirnya dibantu oleh pengundi hantu dan SPR untuk menang dengan cara menipu), Mukhriz membawa Kedah seolah-olah sebuah persatuan riang-ria yang diuruskan secara harian dan bulanan. 

Bila terdengar ada rakyat dalam kemiskinan, maka bawalah duit, beras dan hamper milo gula dan kopi, seoalah-olah Mukhriz mengiktiraf bahawa jabatan-jabatan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan dan Zakat tidak mampu buat semua itu.

Kemudian, Mukhriz akan umum atau lancar sesuatu projek konon ada pelaburan beberapa Billion. Yang terakhir adalah pelaburan kononnya sebanyak RM2.8 billion di Taman Sains Perubatan, yang entah lokasinya di mana pun tiada siapa tahu, dan pastinya Mukhriz sendiri pun tidak pasti.

Begitu juga bila Mukhriz umum tentang litar lumba yang akan dibina di Daerah Kuala Muda (Sebelum cerita Taman Sains Perubatan RM2.8 billion tu). Dimanakah tanahnya? dimanakah peruntukannya? Adakah perkara itu dalam bajet negeri? Jika tiada, dimana dananya? Bila tarikh hendak pecah tanah? Bila Tarikh jangka siap? Ini semua pastinya tidak ada kerana Mukhriz bukan Mahathir, Mukhriz hanyalah Lah Badawi yang baru.

Mukhriz menggunakan imej dan lakonan secara keterlaluan, mengumumkan terlalu banyak perkara yang beliau sendiri tidak pasti, hanya untuk menaikkan imejnya. Apakah disebabkan terlalu lama berada di KL beliau menyangka orang Kedah begitu naif ?

Tidak saja sekadar menjual imej, Mukhriz juga membazir wang kerajaan kepada perkara-perkara yang tidak perlu dan diluar kemampuan kocek kerajaan negeri, sebagaimana ditegur oleh YB Dato' Ir Amiruddin minggu lalu.

Apakah perlu kerajaan negeri menyediakan video sehingga kos lebih sejuta? Apakah perlu membawa ramai pemimpin-pemimpin parti Umno keluar negara atas tangungan kerajaan negeri? Apakah perlu berbelanja sehingga jutaan ringgit untuk untuk magical langkawi? Apakah hasil magical langkawi? Kononnya untuk menarik 500 juta pengunjung seperti dakwan Mukhriz disini, sudah berapa juta yang datang tambahan dari hasil Magical Langkawi?

Berapa Juta Dibelanjakan Untuk Magical Langkawi? Mana Laporan Hasilnya kepada Rakyat?




Kami rakyat Kedah mahu melihat hasil, bukan wayang. Sebab itulah pada 2008 BN dijatuhkan di negeri Kedah ini. Dan jika pemilihan kepimpinan negara ditangan orang Kedah pada waktu itu, BN sudah jadi pembangkang di Malaysia.

Cuba bayangkan kalau Mukhirz itu bukan anak Mahathir bekas perdana menteri, dan nilaikanlah prestasi Mukhriz secara objektif tanpa unsur Mahathir. Pastinya apa yang herotamil tuliskan ini dapat difikirkan dan dapat dinilai dengan tepat. 

Apa yang Muhkriz sudah buat setelah lebih setahun?!!!

 

HeroTamil,
Drebar Mesin Padi





No comments:

Post a Comment