Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Monday, June 30, 2014

Airport Kulim Heboh Saja Lebih, Kertas Cadangan Pun Belum Serah

Muka Yakin, Tapi Menteri Pengangkutan Pun Belum Tahu
Bukan main heboh lagi Mukhriz sebulan dua ni kononnya nak bina Lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

Tengok dari segi cakap, dok buat perbandingan dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas kononnya kemampuan kargo semakin menurun, sudah terlalu sesak dan ada tanah sebanyak 600 hektar di Kedah.

Nampak macam cerdik Mukhriz ni, tapi sebenarnya tindakan dia hanya nampak bagus pada permukaan saja.

Contohnya, mana ada tanah 600 hektar di Kulim melainkan tanah yang sudah dipunya milik dan perlu dibeli balik. Anggaran untuk membeli tanah seluas 600 hektar (Atau 1500 ekar) di Kedah ni saja sudah mencecah RM480 juta.

Itu pun sebenarnya masih kecil saiznya untuk dikatakan sebagai lapangan Terbang Antarabangsa yang dirancang untuk mengatasi Bayan lepas. Sekurang-kurangnya dengan skala yang Mukhriz gambarkan, ia memerlukan 3000 ekar (1200 hektar) yang akan menelan belanja pengambilan tanah sahaja sebanyak RM960 juta.

Begitu juga, sebenarnya kesesakan di Lapangan Terbang Banya Lepas bukan disebabkan landasan tetapi lebih kepada pengurusan terminal. Sebab itulah kita boleh tengok,walaupun Mukhriz kata sibuk, mana ada banyak pelepasan dan pendaratan di Lapangan Terbang bayan Lepas. Cuba tengok pelepasan di Lapangan terbang Svarnabum, Bangkok dan bandingkan dengan Bayan Lepas, baru tahu apa maksud kesibukan sebuah lapangan terbang.

Dan yang paling mengecewakan adalah kenyataan menteri pengangkutan seperti dibawah, iaitu kertas cadangan pun beliau belum terima. Ia memberi gambaran bahawa perkara sebesar ini tidak dibawa kepada perbincangan peringkat menteri, sebaliknya Mukhriz menghebahkan seolah-olah sudah ada petunjuk daripada kerajaan persekutuan tentang projek tersebut.

Seperti yang Herotamil katakan sebelum ini disini , Mukhriz ni kuat wayang, benda belum ada apa-apa lagi dia sudah hebahkan macam nak mula pagi esok. Apatah lagi, soal lapangan Terbang, Pelabuhan ini bukan kerja kerajaan negeri, dan ini bukan benda yang boleh dibuat berdasarkan siapa pandai melobi. Mukhriz ingat kerajaan pusat nak pastikan Jambatan Kedua Pulau Pinang (yang hampir jadi gajah putih akibat tiada pengguna) tu terus mati dengan membuka lapangan terbang berhampiran di sebelah tanah besar?

Lebih elok jika Mukhriz menumpukan supaya Exco-exco beliau buat kerja yang berkaitan dan melihat keadaan hidup rakyat dibawahan. Walau cuba di putar macam mana sekalipun, rakyat Kedah bukan mudah nak diperbodohkan.

Kami mungkin dok pulas skru mesin padi dan trekta, tapi bukan bermakna kami mudah dipulas dengan kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

*******************************************************************************

Lapangan terbang di Kulim akan dikaji


Liow Tiong Lai  
 Liow Tiong Lai

GEORGETOWN - Kerajaan akan mengkaji cadangan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima kertas cadangan berhubung perkara itu.
  

"Saya belum ada laporan terperinci, saya kena tengok dulu semua butiran baru saya boleh membuat komen lanjut.

"Masih terlalu awal untuk saya komen pasal lapangan terbang dan pastinya mereka akan hantar kertas cadangan terperinci dan saya akan menelitinya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bukit Bendera di sini hari ini.

Gila Billboard! Siapa Penasihat Mukhriz

Sepanjang-panjang negeri Kedah, dari Bukit kayu Hitam sampai ke sempadan Perak, negeri Kedah ni sangat banyak dipenuhi dengan billboard. Nak bawa mesin padi pun, kadang-kadang kena elak sebab ada billboard pacak dalam bendang.

Setiap kali musim perayaan, raya puasa, raya haji, raya cina, raya siam, pendek kata, ada saja raya, mesti ada naik billboard baru. Nak posa naik billboard, nak naik haji naik billboard, nak pi rumah anak yatim naik billboard, nak buat seminar pun billboard, cuma billboard ucap selamat datang ke alam barzakh saja belum ada.

Billboard yang semakin banyak di Kedah? Berapa Harga yang perlu dibayar?

Ini bukan pasal billboard iklan komersial, billboard tu, biag pi la banyak mana pun pasai takdak kaitan dengan negeri dan rakyat.

Ini kisah billboard penuh dengan muka pemimpin, terutamanya muka MB dan muka Exco kerajaan negeri. Ingat kot, pada awal memerintah, depa nak memperkenalkan pemimpin kepada rakyat, tapi semakin hari semakin banyak dan kerap pula bilboard baru.

Apa kata ambil gambar ni untuk billboard di Kedah
Apa keperluan membelanjakan wang kerajaan untuk mempromosi pemimpin-pemimpin negeri? Berapa banyak dah kerajaan negeri membelanjakan untuk Billboard semenjak jadi kerajaan pada Mei 2013. Mungkin boleh bentang dalam sidang DUN kot.
 
Asyik dok promosi muka depa saja, kalau sekali sekala letak gambar bumbung rumah rakyat yang bocor, dapur rakyat yang daif, ada la juga gunanya sebagai peringatan kepada pemimpin bahawa banyak lagi kerja yang perlu dibuat.

Soal billboard ni nampak macam dah jadi satu kegilaan, walaupun dengar kata Mukhriz ni kononnya tidak suka gambar dia banyak dinaikkan semasa awal jadi MB dulu.

Nampaknya penasihat yang sudah berjaya meyakinkan Mukhriz bahawa jadi MB ni senang saja, yang penting bagi orang tengok muka tiap-tiap hari, masuk berita tiap-tiap hari. Siapa penasihat Mukhri ni? Yang ni kita perkenal pelan-pelan.

Tak penting samada apa saja program tu berhasil atau tidak, yang penting adalah berapa banyak kali muka masuk berita dan berapa kali naik billboard. Yang penting persembahan wayang mesti hebat, isinya kebanyakan adalah kosong.

Tak percaya, cuba hangpa kumpul balik kenyataan Mukhriz tentang projek-projek besar dia macam projek Bandaraya Getah, Projek Taman Industri Sains, Projek Petrolium Yan, Projek Taman Perubatan, Projek Litar Lumba. Semua tu digambarkan seolah-olah dalam proses dilaksanakan. Walhal, peruntukan pun takdak. Kisah projek wayang ni akan aku cerita dalam artikel artikel akan datang, cuma jangan lupa simpan alamat http://1herotamil.blogspot.com untuk melihat kerajaan negeri Kedah dibawa Mukhriz dari dimensi yang belum pernah hangpa tengok.

Memang sah!! Gila billboard dan gila Media.

Sapa kata, BN Menang Kedah Senang? Setakat ni, BN Menang, Tauke billboard Senang ada la.

HeroTamil,
Drebar Mesin Padi

PS:
Jangan lupa kongsi blog ni dalam FB pembaca ya.


Saturday, June 28, 2014

Sakan! Pertikaman Antara Exco Kedah

Baru melepasi setahun pemerintahan BN di Kedah, huru hara antara exco tidak dapat disembunyikan lagi dah.

Walaupun dikatakan Kedah dipimpin oleh anak bekas perdana menteri yang terkenal dengan ketegasannya, tapi anak Mahathir ini sudah kelihatan kelembikannya.

Memang la boleh disembunyi dengan dok bergambar rata ceruk dengan alim ulama pondok, tapi kelembikan Mukhriz semakin nampak.

Perhati tengok, MB ni tak mampu nak suruh exco dia buat kerja masing masing. Di mana ada gambar MB, disitu akan ada exco. Kalau dah ada MB, buat apa exco nak menyibuk lagi di program bersama rakyat.

Tapi, apa kaitan gambar mb dengan exco melambak dengan cerita pertikaman exco exco ni?.!,

sebenarnya, exco exco Kedah dok bertikam dan cantas mencantas sesama sendiri, jadi untuk menang, masing masing tunjuk kata depa sentiasa dok tepi MB.

Bukan la semua exco dok belagak, cuma beberapa orang exco yang berlawan dalam senyap. Exco A kata exco B asyik masuk pejabat MB sampai tak buat kerja lain, selain nak tunjuk rajin. Exco B pula kata, exco B expired dan tak agresif dan proaktif, tak macam dia yg lancar macam macam program.

Apa apa pun, exco exco ni lebih banyak promosi diri berbanding kerja sebenar.

Herotamil akan cerita panjang lebar, dengan cerita lebih terperinci tentang sikap exco dan bagaimana MB kena tipu mentah mentah dgn orang harapan dia.

Nanti kita sambung...

HeroTamil,
drebar new holand




Ihya Ramadhan

Selamat datang Ramadhan,

Semoga diberi keberkatan dan menambah ketaqwaan.

Masuknya waktu maghrib sat lagi, akan masuklah kita ke bulan Ramadhan yang mulia.

Bulan Ramadhan, bulan ummat.

Bulan untuk mendapat keampunan dan menambahkan keimanan.

Bulan untuk mengekang sifat haloba dan sifat mazmumah.

Semoga pembaca blog ini diberi kesempatan menyambut ramadhan bermula malam ini dengan sebaik baik ibadah.

Ramadhan kareem.

Bulan ramadhan ini, drebar mesin pun berehat dan servis mesin, berbetulan dengan musim padi masih menghijau.

herotamil,
Drebar Mesin

Friday, June 27, 2014

Masalah Padi : Siput Gondang Emas

Gondang Emas dan Telurnya
Masalah kemusnahan padi oleh siput gondang emas merupakan masalah besar kepada pesawah.

Kalau tengok dalam bendang di Kedah, tidak ada bendang yang tidak ada gondang emas ni.

Cuba kira, berapa banyak anaknya
Masalah ni sudah berlaku lama dan nampak tiada usaha yang kuat dan bersepadu untuk menghentikan masalah ni secara menyeluruh.

Siput ini mampu memusnahkan sehingga 93% hasil pada jika tidak dikawal.

Berbagai kaedah yang digunakan pesawah secara cuba cuba sendiri. Antaranya dengan mengutip siput-siput dari sawah, memasang perangkap disaliran air dan juga meracun.

Cara pertama dan kedua tidak memberikan kesan sampingan, tetapi agak sukar untuk dilaksanakan dengan jumlah siput yang terlalu banyak.

Kaedah meracun pula menyebabkan kesan sampingan kepada makhluk-makhluk lain yang turut hidup di kawasan bendang.

Kaedah yang terbaik adalah secara kawalan biologi, dengan memperkenalkan itek pemangsa, iaitu itek Khaki Campbell dan Muscovy.

Dalam semua itu, dimana perlibatan serius kerajaan negeri? 

Apa ada pelan pembangunan pertanian negeri? 

Mungkin kerajaan negeri boleh menjawab bahawa itu kerja Mada dan Jabatan Pertanian, tetapi bukankah lapangan terbang itu kerja kementerian pengangkutan, kenapa kerajaan negeri pula yang berlebih-lebih.

Sebagai negeri pertanian padi utama, selain dari pembangunan baru yang sering di war-warkan, eloklah kerajaan negeri menumpukan usaha menyelesaikan masalah-masalah petani, yang secara tidak langsung meningkatkan pendapatan dan dapat memperbaiki taraf hidup rakyat.

Pembinaan projek-projek mega bukan tidak dibolehkan, tetapi ianya patut dilihat sebagai kerja-kerja tambahan selepas perkara-perkara asas pertanian sudah diselesaikan.

Kerajaan Negeri jangan terlalu ghairah dengan angka itu dan ini, lihat apa yang sebenarnya benar-benar dinikmati rakyat kebanyakan.

Jika Lapangan terbang dibina, berapa peratus hasilnya akan dinikmati rakyat kebanyakan berbanding dengan elitis. Jika jumlah wang sama digunakan untuk menambahbaik pertanian negeri, berapa banyak hasil dan nikmat dapat dirasai oleh rakyat kebanyakan yang lebih tahu berterimakasih berbanding engan elitis.

Thursday, June 26, 2014

Xing Xing Liang Liang Nama Tempatan Kepada Panda

Nama Tempatan kata Najib...

Xing Xing Liang Liang adalah nama tempatan yang tidak nampak tempatan pun!

Malah, aku orang tempatan yang membesar dan menetap di negara ini sekian lama pun tak faham apa maksud Xing Xing Liang Liang.

Kalau Perkataan cina seperti Kawtim, Bo liau, ada la juga faham.

Tak tempatan la, Global pun bukan, 

Xing Xing Liang Liang ni mungkin niat Najib nak GloCha.. ,mungkin... 

Glocha = Glorifying Chinese


Al Kisah.. Litar Lumba Kedah

......8 Jun 2013....
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedang meneliti lokasi sesuai untuk membina sebuah litar lumba, bagi menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum lepas.


Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata buat masa ini pembinaan litar berkenaan dalam proses penelitian serta perbincangan dan beliau memberi jaminan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

...setahun kemudian....

25 Jun 2014
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri mengenal pasti dua lokasi di Sungai Petani yang diyakini sesuai untuk pembinaan litar lumba.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB. Aminuddin Omar berkata, perkara itu akan dibentangkan kepada Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dalam sedikit masa lagi.


“Kita sekarang sedang bergerak mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan litar lumba terbabit dan Menteri Besar sendiri mengarahkan saya serta beberapa jawatankuasa lain untuk melihat tempat itu.


“Kita kenal pasti dua lokasi di Sungai Petani dan akan membuat pembentangan kepada Menteri Besar untuk meluluskan tempat terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri (Silat Olahraga) Peringkat Negeri Kedah dan Penyerahan Bendera Kejohanan di Dewan Kombat, Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, di sini.

Beliau menjelaskan, keputusan mengenai litar lumba itu akan diumumkan Menteri Besar Kedah.



Herotamil:
dok tengah fikir nii...

Nak kenal pasti daerah pun ambil masa setahun lebih, sedangkan tapak sebenar belum tahu lagi.

Lepas ni, nak buat pengambilan tanah berapa lama? Setahun paling cepat.

Lepas tu pula, nak cari peruntukan pula berapa lama?

Nak rekabentuk pula berapa lama?

Nak bina pula berapa lama?

...2020 dan la siap kot...

Untung Liao Hooo... Kalah Pun Jadi Menteri



Wednesday, June 18, 2014

Photo Kedah Dulu-dulu

 Lihat dimana kita hari ini, dan bandingkan dengan suasana dulu-dulu.

Bas Mara
Kalau kita tak tau dimana asal kita, macam mana kita nak menilai dimana kita berada masa kini..
Stesyen UTC


Bas Ekspress KL - Alor Setar 1972
Tapak City Point

Mana Litar Lumba Untuk Kami?!!

Sementara kolet dok pam grease pagi ni dan tunggu embun kering, terasa nak berletiag sikit pasal negeri Kedah tersayang ni.

Kami masih dok tunggu litar lumba yg kerajaan BN janjikan kepada kami anak muda sepanjang kempen PRU 13 yang lalu. 

Punya baguih kami dok syok pi majlis pecah tanah di Sungai Kob, Karangan nun.

Sampai la, polis dok ligan member-member race motor pasai dok belasah atas jalan biasa. Dok tunggu trek lumba, sampai la tak nampak bayang. Nasib baik aku dok race dengan mesin leverda dalam bendang ja, JPJ tak kacau.

Dengar kata nak bina lapangan terbang antarabangsa pula, tuuu dia. Stesyen sahab perdana pun tak jaga, nak buat lapangan terbang. Jeti Kuala Kedah yang punya ramai orang pun tak terurus.

Sori la noo.. tuan padi mai dah, nak kena kerja dulu. Nanti tak cukup beras pula nak eksepot guna lapangan terbang baru.

Hero Tamil,
Drebar New Holland 1530

************************************************************************
Calon BN Di Padang Serai Berwibawa Walaupun Berdepan Cabaran

KULIM, 28 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mampu menghadapi apa jua cabaran di beberapa kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di Kedah pada pilihan raya umum ini kerana telah menempatkan calon-calon yang berwibawa.

Timbalan Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata keupayaan calon-calon BN cukup hebat termasuk bagi kerusi Parlimen Padang Serai serta dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya.

"Kewibawaan mereka seperti pernah menjadi Timbalan Menteri, dan lain-lain tugas penting dalam parti serta kerja keras jentera pilihan raya BN, mengukuhkan prestasi bahawa mereka akan menang kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Litar@Kedah di Padang Umum, Taman Mutiara Sungai Kob dekat sini petang semalam.

****************************************************************

Monday, June 16, 2014

Hasil Padi Kedah Berkurangan 8% atau 40,000 Tan Semusim

Pada tahun 2013, jumlah hasil padi Kedah menjunam sebanyak 40,000 tan setahun. Ia disebabkan masalah tanah jerlus di sawah-sawah di Kedah.

Sehingga kini, masalah itu belum dapat diatasi memandangkan tiada langkah konkrit yang dirancangkan oleh kerajaan negeri mahupun pihak Mada.

Antara langkah yang cuba dilaksanakan oleh MADA adalah dengan menghentikan sementara aktiviti sawah selama semusim dua, bagi memastikan tanah sawah benar-benar kering dan masalah tanah jerlus dapat diatasi.

Memandangkan padi adalah hasil utama Kerajaan Kedah, sewajarnya  masalah ini diatasi sesegera mungkin. Setelah lebih setahun kerajaan BN memerintah Kedah, tiada banyak yang dilakukan, malah makmal transformasi negeri Kedah yang dibuat ala kadar juga tidak memberi penekanan kepada pemasalahan meruncing yang dihadapi petani di negeri itu. Tidak tahulah siapa yang diambil masuk kedalam makmal transformasi Kedah, tetapi nyatanya mereka yang tidak pernah memijak selut tidak mungkin memahami situasi sebenar.

Sebagai anak bendang, aku tahu punca tanah jerlus bukanlah sebab masalah saliran kerana jika diikutkan perkembangan sistem saliran di Kedah, semakin baik saliran dibuat, semakin bertambah masalah jerlus. Jadi, adakah benar masalah saliran yang menyebabkan tanah jerlus?

Sebenarnya, masalah tiada kawalan jentera dan kimia pertanian yang menyebabkan tanah jerlus semakin menjadi-jadi di Kedah.

Jentera Penuai di Kedah
Jentera Bajak di Kedah
Kalau dulu, mesin pada New Holland 1530 dan 140 digunakan, sekarang mesin model 8050, 8080 jentera untuk ladang kering yang begitu berat digunakan, malah tangki bijirin juga dibesarkan untuk menjimatkan ulang alik. Jentera-jentera yang terlalu berat ini menjadi kebanggaan, sedangkan dinegara maju, kawasan pertanian berair mereka menggunakan jentera ringan.

Kemudian, apabila masalah jerlus bermula, pembajak kecil tidak boleh membajak, dibawa masuknya jentera bajak berat dan traktor juga dipasang dengan trek. Ini menyebabkan semakin dalam lantai sawah dikorek, dan semakin seruius masalah jerlus.


Kepimpinan kerajaan negeri wajar memahami masalah sebenar rakyat, jangan dilambung dengan keseronokan projek itu dan ini, sedangkan penderitaan rakyat tidak dipedulikan.

Janganlah mengejar projek-projek mega yang besar dan baru, sedangkan masalah sawah yang merupakan nadi rakyat Kedah tidak diselesaikan.

Jentera Penuai di Thailand
Jangan hanya melihat projek yang memerlukan perbelanjaan besar, tetapi dari segi garispanduan penggunaan jentera dan sebagainya tidak dilihat langsung. Di Thailand, mana ada jentera-jentera besar yang memusnahkan sawah dibenarkan masuk. Mereka mengawal dengan baik mesin-mesin yang digunakan disawah-sawah mereka dan tidak membenarkan mesin-mesin skrap dari negara maju dibawa masuk memusnahkan tanah pertanian mereka.

Jentera Penuai Di Negara Maju, Jepun


Yang benar,
Hero Tamil
Drebar Sperry 1530



MPKK Dok Mengamuk Sakan

MPKK dok mengamuk sakan,
tak bayar parking gerenti saman,
denda bukan ringan-ringan,
RM30, tu pun kalau bayar dalam 7 hari kompaun

Sampah MPKK kata nak pi kutip dirumah,
Bagi tong sampah sebiji serumah,
dalam seminggu dua kali ja pi punggah,
Renga dan lalat semakin megah.

Billboard Bandaran semakin hebat,
gambar MB semakin lebat,
Dulu dok kata, Ustaz Azizan buat Kedah darul billboard,
Mai Mukhriz awat mengatasi scoreboard.



Sapa Aku - Hero Tamil

Aku orang Kedah,
Mak bapak aku orang Kedah
aku dilahirkan di Kedah,
membesar di Kedah.

bekerja di Kedah,
kawan dengan orang-orang Kedah..
kahwin pun dengan orang Kedah.
Team bola aku sokong team Kedah



Walaupun kulit aku gelap,
orang panggey aku hero tamil..
mungkin sebab dilahirkan waktu bulan gelap,
bukan la sebab aku berdarah Tamil.

Aku kerja drebar mesin padi..
bawa trektar pun aku reti..
kelebog mainan aku tiap-tiap hari..
sekali sekala pi juga ke laut, mengail tenggiri


Walaupun aku boleh cerita seribu satu cerita,
tentang mesin padi dan trekta,
tajak batas dan taboq baja,
tapi cerita negeri dan raja aku tak lupa.

Sapa minat jangan lupa,
berkongsi minat dan isu semasa,
blog ini jangan lupa tanda,
jangan terlepas apa aku nak cerita.