Kisah ini HT catatkan sebagai teladan, untuk diambil pengajarannya.
Bukan kisah dongeng Sang kancil atau Sang buaya, ini kisah benar belaka..
Pasti semua ingat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada pilihanraya 2004, Abdullah menang dengan mencatat rekod kemenangan terbesar bagi BN. PKR, PAS dan DAP hampir tidak bermaya.
Dengan imej warak, mengembar-gemburkan tentang penjimatan itu dan ini, anti rasuah, rakyat keseluruhan tak kira la PAS, Umno, PKR, DAP dan lain-lain semua memberi undi kepada PM paling warak dan baik itu.
Selepas itu, keangkuhan mengambil alih...
Apa yang nyata, rakyat tidak merasai apa-apa hasilnya, walaupun angka-angka dan koridor dijulang oleh orang sekelilingnya.
Abdullah menunjukkan sikap tidak boleh menerima kritikan, malah perlu sentiasa dipuji, bukan setakat diri sendiri, malah mak bapa bini dan anak-anak beliau pun perlu dipuji. Tidak ada dewan atau bangunan baru yang tidak meletakkan nama keluarga Abdullah. Malah sebuah dewan PWTC juga diberitakan diletakkan nama Hendon.
Oleh kerana itu kehendak Abdullah, maka orang keliling semua memuji dan memuja Abdulah. Malah tidur dan diam Abdullah juga dipuji sebagai satu keunggulan.
Panglima beliau akan dihantar untuk memancung sesiapa saja yang berkata tanpa dimulakan dengan puji-pujian terhadap Abdullah.
Ada kawan baik sudah menegur sikap suka dipuji dan cuai beliau, malah berpesan tentang orang sekeliling beliau yang hanya berpura-pura kerana ada kepentingan sahaja.Kata beliau lagi.. "Lah, aku rasa hang ni, kalau tak jadi PM dah, lalat pun tak sudi hinggap". Oleh kerana kata-kata itu tidak memuji Abdullah, maka kata-kata sahabat itu juga tidak diendahkan. Sahabat pula dianggap musuh.
Bila berkuasa, tidur pun dipuji |
Jangan main-main dengan kata-kata pujian orang sekeliling, pandangan menjadi kabur, boleh terlena dibuatnya, malah sahabat sejati dianggap menjadi musuh.
Apa yang berlaku seterusnya adalah sejarah. Abdullah menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia.
Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan cenderung mengulangi sejarah tersebut.
Herotamil,
Drebar Mesin Padi
No comments:
Post a Comment