Apa khabar pembaca HT?
HT sibuk sangat dok perbaik mesin..lepaih tu sambung pula musim
menabor, ni baru ada masa sikit nak menulis balik.
HT tak mau tanya banyak-banyak, kata Menteri Besar pada Mei Tahun lepas, ada
dibuat KPI tahunan Exco, maksudnya, sampai cukup haul setahun, kena la nilai
balik apa yang sudah dicapai.
Setakat hari ni, tak nampak la apa pun yang rakyat Kedah
boleh tengok. Bukan setakat pencapai KPI Exco yang rakyat Kedah tak dibagitahu,
tapi KPI tu sendiri pun rakyat tak tau.
Cuba baca berita yang HT petik dari bernama dibawah. HT
gariskan dibawah kenyataan YAB Menteri Besar, kot-kot tak nampak.
ALOR SETAR, 16 Mei
(Bernama) -- Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku
Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr
Mahathir.
Beliau berkata sebagai
contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain
untuk menyelesaikannya.
"Beliau perlu
berjumpa dengan pelajar kolej itu dan perlu kemukakan beberapa cadangan
penyelesaian serta pendekatan bagi memastikan kebajikan pelajar dan kakitangan
kolej itu dijaga," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini
Khamis.
Katanya pada mesyuarat
kali pertama Exco semalam, antara perkara mendapat perhatian ialah isu tanah,
kewujudan Majlis Ketua Kampung (MKK) oleh kerajaan terdahulu dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
Beliau berkata
bagaimanapun tiada keputusan besar dibuat dan mereka akan menyegerakan beberapa
isu penting dan keputusan mengenai pelbagai isu akan dimaklumkan pada sidang
media dalam tempoh terdekat.
Mukhriz berkata
kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali
gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.
"Saya tak akan
guna sewenang-wenangnya kuasa untuk tamatkan lantikan Exco untuk tempoh
setahun. Kita mahu semua Exco rangka perancangan dalam tempoh lima tahun untuk
mudahkan kita selaraskan kerja.
"Contohnya kalau
seseorang Exco tak penuhi KPI 100 peratus tetapi ada perancangan nak penuhi KPI
tersebut sudah memadai bagi saya," katanya.
Beliau berkata Exco
akan diberi masa untuk menyediakan rangka perancangan dan perbincangan dengan
Exco terlibat akan diadakan bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan
baik dan beliau bersedia menerima cadangan daripada mereka.
-- BERNAMA