Kecoh satu Kedah bagaimana kononnya seorang blogger bernama Padi Jantan mengugut hendak tembak Meteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Jika dibaca dalam kenyataan facebook Padi Jantn, nampak macam ada unsur ugutan. Tapi bukan ugutan terus sebaliknya hanya satu kenyataan sahaja.
Herotamil tak minat nak ulas soal teknikal kes tu, biar la polis yang siasat jika ada kes. Apa yang menarik adalah rupanya padi jantan ni blogger Umno atau di Kedah, bermakna dia blogger yang bersama Mukhriz masa kempen nak jatuhkan Pas pasca 2013 dulu.
Kita masih ingat bagaimana Mukhriz jadi hero nak bela Madrasah salihiah, kerana nak kenakan ustaz Azizan. Kerana nak tunjuk kata dia lebih tahu agama daripada ulama, fatwa pun dilanggar kerana hendakkan keuntungan politik.
Katanya si Padi Jantan ni adalah dalam kumpulan yang sama, namun dia kecewa kerana selepas kempen guna Madrasah, apabila sudah dapat kuasa dan duduk ditakhta MB, Mukhriz melupakan terus Madrasah Salihiah.
Kemudian daripada itu, penyokong Mukhriz membuat laporan polis katanya Padi Jantn membuat kenyataan mengugut menembak Mukhriz. Jika dilihat, laporan polis ini pula dimulakan oleh blogger pro Umno Kedah, kemudian barulah diikuti oleh cai cai Umno yang nak tumpang cari nama. Ini bermakna, sesama blogger depa sudah bertikam sehingga kepada tindakan laporan polis. Apa muslihat sehingga pergaduhan antara blogger Umno ni sehingga ketahap membuat laporan polis untuk menganiaya kawan sebantal mereka?
Kalau tiada kepentingan, perkara sebegitu boleh diselesaikan dengan mudah. Itulah akibatnya kalau memelihara hantu raya, bila tak cukup makan atau nak cari makan, mereka akan cipta dan besar-besarkan apa apa saja isu, supaya tuannya merasa takut, dan terus menjamu mereka lagi.
Kalau pemimpin tu berakal, tentulah dia tahu permainan hantu hantu raya ni semua. Kalau benar ini kes jenayah, kenapa selepas buat laporan polis, nak kena kena buat laporan dan tag dalam FB pula? Ini lah maksudnya, hantu raya cari makan. Kenyanglah mereka yg duduk disekeliling pemimpin yang tiada ketinggian daya fikir.
Herotamil bukan sapa-sapa, dok taraf rendah dan tidak bijak, kerja pun hanya dapat upah ikut berapa relong boleh kerat padi. Tapi Herotamil nak menyeru kepada yg kononnya bijak pandai, tiada gunanya ilmu jika tidak disertai akal.
Kalau ahli politik boleh menperdaya rakyat untuk jawatan, mereka juga tidak kebal dari dipermainkan blogger belaan mereka.
Herotamil,
Drebar Mesin Padi
Drebar Mesin Padi
Padi Jantan tidak penting,dia budak suruhan saja,siapa dibelakang Padi Jantan dan apa motifnya.Betulkah ada beberapa orang blogger Kedah dan KL yang rapat dengan MB dan menaja Padi Jantan ?
ReplyDeleteSaudara padi bunting, tekaan saudara itu tepat. Sedikit demi sedikit drebar mesin padi akan bongkarkan.
Delete