Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Tuesday, July 29, 2014

Kemana Pemberi dan Penerima Rasuah?!!

Pemberi Rasuah dan Penerima Rasuah ke Neraka.














Tolong Share, sedikit usaha kita mungkin mencegah perbuatan yang merosakkan generasi dan agama. Allah SWT mengetahui walau sebesar zarah usaha kita.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1. Hati-hati memandu, kalau tak boleh nak hati-hati, jangan memandu.

2. Membeli tu ikut keperluan, takdak sapa heran pun kita dok pakai benda-benda yang mahal tu, kita ja perasan. Sport rim baru pun bukan kita nampak bila dok dalam kereta.

2. Makan tu agak agak la, posa tahun depan lambat lagi... rugi ooi, dah sebulan bukan main teruk nak flushing, hari pertama dah penuh karbon balik.

3. Jangan lupa ziarah dan sedekah apa-apa yang patut pada yang telah tiada, kita pun "on the way".

4. Gembirakan keluarga kita dulu, ayah, ibu, anak-anak, abang adik kakak...marka boleh tunggu..

5. Jangan merempit.. kalau nak merempit juga rempit kat atas ban yang takdak orang langsung, jatuh sakit pun sendiri tanggung. Litar lumba tak siap lagi.

Wassalam,

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Saturday, July 26, 2014

Macam Mana Pemimpin Boleh Jatuh!!

Macam mana pemimpin boleh jatuh? Sebab musuh dia kuat ka? Sebab dia lemah ka? Gherek mungkin boleh bagi jawapan

Gherek di bulan puasa ini agak kurang agresif berkayuh. Dalam dok membaca terjumpa satu artikel yang menarik yang disiarkan dalam Berita Harian oleh Dr Asraf Wajdi. Walaupun dr Asraf ini kuat UMNO, tapi penulisan ini bagi gherek amat menarik. Perlu dibaca oleh pemimpin dan yang menggelar mereka pemimpin.

Teruskan membaca ...di Gherek sini
 
p/s: HT bukan pemimpin, tapi pernah jatuh mesin padi, bukan pasai tertidur, tapi pasai pijak minyak gris. Sakit woo..

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Friday, July 25, 2014

Macam Nak Tindih Dengan Trek Mesin Padi Ja Aku Rasa

Kalaulah takdak undang-undang dan tak menjadi kesalahan, aku rasa nak tindih dengan trek mesin ja pengarang akhbar BH ni.

Inilah kualiti akhbar Umno, yang diterajui oleh mereka-mereka yang dikasihi oleh pemimpin Umno.

 Berlumba-lumba nak tunjuk depa buat kerja awal, pantas dan cekap. Ala-ala trasnformasi.

Tak masuk akal dan diluar etika bila menyiarkan barang-barang peribadi mangsa tragedi MH17.

Tadak ada rasa hormat kepada mangsa dan keluarga mangsa, apatah lagi dalam keadaan negera dan seluruh dunia sedang berkabung dengan tragedi menyayat hati ini.

Eloklah dipecat sahaja Ketua Pengarang Berita Harian.

 Herotamil,
Drebar Mesin Padi.

Kisah Lalat Pun Tak Mai

Kisah ini HT catatkan sebagai teladan, untuk diambil pengajarannya. 

Bukan kisah dongeng Sang kancil atau Sang buaya, ini kisah benar belaka..

Pasti semua ingat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada pilihanraya 2004, Abdullah menang dengan mencatat rekod kemenangan terbesar bagi BN. PKR, PAS dan DAP hampir tidak bermaya.

Dengan imej warak, mengembar-gemburkan tentang penjimatan itu dan ini, anti rasuah, rakyat keseluruhan tak kira la PAS, Umno, PKR, DAP dan lain-lain semua memberi undi kepada PM paling warak dan baik itu.

Selepas itu, keangkuhan mengambil alih...

Apa yang nyata, rakyat tidak merasai apa-apa hasilnya, walaupun angka-angka dan koridor dijulang oleh orang sekelilingnya.

Abdullah menunjukkan sikap tidak boleh menerima kritikan, malah perlu sentiasa dipuji, bukan setakat diri sendiri, malah mak bapa bini dan anak-anak beliau pun perlu dipuji. Tidak ada dewan atau bangunan baru yang tidak meletakkan nama keluarga Abdullah. Malah sebuah dewan PWTC juga diberitakan diletakkan nama Hendon.

Oleh kerana itu kehendak Abdullah, maka orang keliling semua memuji dan memuja Abdulah. Malah tidur dan diam Abdullah juga dipuji sebagai satu keunggulan.

Panglima beliau akan dihantar untuk memancung sesiapa saja yang berkata tanpa dimulakan dengan puji-pujian terhadap Abdullah.

Ada kawan baik sudah menegur sikap suka dipuji dan cuai beliau, malah berpesan tentang orang sekeliling beliau yang hanya berpura-pura kerana ada kepentingan sahaja.Kata beliau lagi.. "Lah, aku rasa hang ni, kalau tak jadi PM dah, lalat pun tak sudi hinggap". Oleh kerana kata-kata itu tidak memuji Abdullah, maka kata-kata sahabat itu juga tidak diendahkan. Sahabat pula dianggap musuh.
Bila berkuasa, tidur pun dipuji

Jangan main-main dengan kata-kata pujian orang sekeliling, pandangan menjadi kabur, boleh terlena dibuatnya, malah sahabat sejati dianggap menjadi musuh.

Apa yang berlaku seterusnya adalah sejarah. Abdullah menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia.

Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan cenderung mengulangi sejarah tersebut.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi


Thursday, July 24, 2014

Celaru

Pagi ni waktu pi kedai beli santan, jumpa dengan kawan lama HT, dia dah lama kerja di Kuala Lumpur dan tahun ni bercuti awai, balik raya di kampung.

Dia pelan-pelan bisik kat HT "..betui ka MB Kedah ni orang kata celaru?..."

HT tanya dia, awat sampai dok kena berbisik.

Kawan HT kata, tak berani cakap buruk-buruk pasai Mukhriz, nanti orang Kedah marah. Di Kuala Lumpur, orang tak kisah bercakap apa pun.

Dia komplen awat celaru sangat sampai sampai jadi tuan rumah majlis pun boleh dia menghilangkan diri.

Kawan HT sambung lagi "...majlis sepenting ini bagi seorang ahli politik pun boleh Mukhriz tinggalkan hingga tetamu tertanya-tanya, tak ka celaru namanya...."

HT kata, sudah-sudah la tu, aku no komen la. Benda ni perkara kecik saja. Tetamu tak payah la nak mengada-ngada sangat.

Dah mai makan free pun banyak songel. kami orang Kedah kalau jamu makan free kira besaq tuah dah. No komen.. no komen.... Komen aku dengan gaya macam VIP yang dikelilingi reporter seluruh dunia.

Baik aku pi sambung kerja repair mesin, broker mai dok cari mesin dah, tak lama lagi, padi masak, mesin dok dalam bangsal lagi, jenuh pula.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Wednesday, July 23, 2014

Wayang AYAQ

HT ambil sedikit petikan berita bagaimana Kedah beria-ia mahu menuntut bayaran dari Pulau Pinang bagi air yang digunakan oleh Pulau Pinang untuk industri dan domestiknya.


Beliau menambah adalah adil bagi kedua-dua kerajaan negeri untuk mencapai persetujuan mengenai perkara itu.
"Kita akan berunding dengan mereka dan lihat jika kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya.

Sebagai tindak balas, Mukhriz berkata bekalan air telah disediakan di sebelah Pulau Pinang, tetapi kawasan tadahan air atau sumbernya berpangkalan di Kedah.

"Saya masih ingat ada kemarau sekali, dan Pulau Pinang telah menulis kepada Kedah meminta kita untuk melepaskan air dari empangan kami ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan.

"Surat itu sendiri merupakan pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpangkalan di Kedah," katanya.

Heboh satu Malaya, dan punya lah seronok orang Kedah, dapat MB bijak yang pandai cari pendapatan, nak tuntut duit dari Pulau Pinang sebab gunakan air dari sumber negeri Kedah.

Pendapatan tetap selama puluhan tahun tuu, satu idea yang memang bijak laksana.

 
Itu berita Jun 2013...
...dan...

....... la ni Julai 2014. Apa sudah jadi?!!!
 
Wayang!!!!??


Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Monday, July 21, 2014

Ada Apa Antara Mukhriz Dengan Pesawah?!

Pagi ni, HT agak sibuk dengan tugas berat, nak mencantum trek baru mesin HT. Dengan trek berat lebih satu tan, mencantum bukan kerja sukar, tetapi satu kerja berat. Dibulan puasa pula, 
kena jimat tenaga kalau nak kerja sampai petang.

Masa ni la nak kumpulkan anak anak menakan mai tolong toi, kita jadi tukang boh skru saja.

La ni, alat ganti mesin pun semakin mahal, minyak pun mahal. Walaupun kami ni petani yang sebenarnya dok buat kerja dibendang, kami tak dapat subsidi macam tuan bendang. Jadi kami adalah golongan petani yang tak layak dapat apa apa bantuan. Istilah petani dimata kerajaan adalah orang yang ada memiliki bendang atau penyewa bendang. Dimana depa belajar mengistilahkan petani HT tak pasti la, cuma yang pasti didunia, depa diktiraf sebagai golongan yang pandai la.

Dalam kerajaan, bila depa bagi bonus depa bagi pada semua peringkat, walaupun banyak yang tak buat pun kerja "governing". Inclusif pula bila kena dekat depa, sampai penjawat tukang cuci, dreber semua pun dapat sebab depa kerajaan.

Tapi bagi kami petani yang ambil upah tabur baja, sembor racun, bawa kubota, menyulam, menuai padi, kami tak dapat apa-apa hanya kerana kami tidak ada tanah bendang. Lagi miskin, lagi tak dapat bantuan, itulah hukumnya.

Kami faham kalau kerajaan pusat tak faham semua ni, tapi MB Kedah baru yang dikatakan sangat prihatin, turun madrasah itu, buka posa di pondok ni, tidur rumah keluarga angkat sana sini, selfie dengan pelajar dan macam macam aktiviti yang dikitar dalam FB dan web, takkan tak sedar masalah ni.

Sibuk dengan lapangan terbang khayalan, sibuk dengan taman sains perubatan, sibuk dengan bandar getah yang sampai sekarang entah dimana, MB Kedah nampaknya syok sendiri. Realitinya tidak ada apa yang berlaku pun!

Adalah lebih baik MB tolong tengok golongan pesawah yang tidak didendang ni. Depa ni la yang berperanan tebang buluh pasang bendera ditengah malam masa pilihanraya, nak bagi ahli politik dok sedap dalam wisma tu. Malah sampai la ni pun, depa dok tabur baja pakai baju cap kati. Puak puak hat dok pejabat tu, depa hanya tau cekak pinggang saja, rancang sana, rancang sini, gaji pun dibayar penuh. Kalau takdak golong bawah ni yang dok laksana, rancangan hanya dok atas kertas saja, macam lapangan terbang dan bandar getah tu. Jadi difikir fikirlah siapa sebenarnya yang meletakkan pemimpin ditempat itu?!!

HT tengok, negeri Kedah ni transformasi yang berlaku hanya dalam khayalan MB sahaja. Dibumi nyata, petani yang menjadi teras kepada hidup mati negeri Kedah sejak berzaman pun tidak termasuk dalam apa apa pelan transformasi negeri. Transformasi apa nya bila purata hasil padi seekar semakin menurun, dan keluasan bendang juga semakin menurun?! Sedangkan di Selangor, hasil padi semakin meningkat walaupun sudah tinggi berbanding dengan Kedah.

Apa sebenarnya pelan transfosmasi pertanian negeri Kedah!

Kalau Mukhriz fikir, dengan acara menghulur seratus dua yang dinaiktaraf pada Ramadhan sudah mencukupi untuk membantu rakyat Kedah, nyatalah Mukhriz sedang berkhayal. Dan MB yang sedang berkhayal dan dilamun dengan lambungan orang sekeliling tidak kekal lama ditampuk pemerintahan Kedah.

Maafkan HT kerana memberi pandangan berlainan daripada kebanyakan rakyat Kedah yang terpesona dengan wayang yang ditayangkan Mukhriz. Tak salah jika rakyat terpesona kerana Mukhriz sendiri pun terpesona dengan wayang beliau sendiri.

Seperti dadah yang mengkhayalkan, suka atau tidak realiti pasti dirasai akhirnya.

Tak perlu menafikan perkara yang haq.

Heromtamil,
Drebar Mesin Padi.

Sunday, July 20, 2014

Soalan Yang Kerajaan Negeri Tidak Berani Jawab

Salam #1Kedah #kedahseratarata.. hashtag populis Kedah.

Hashtag popular depa...

Herotamil juga nak sampaikan salam 1kontraktor...

Mungkinkah kerajaan negeri berminat untuk menjawab isu dibawah ni?


Sistem agihan kerja kerja senggaran jalan kepada kontraktor kontraktor kecil yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun lepas  terbukti berjaya,seramai 311 kontraktor dapat merasanya dan mereka berpuas hati dengan sistem ini.


Tahun ini sistem ini di pinda dimana hanya 2 orang kontraktor kelas G7 dianugerah sebanyak RM 70 Juta untuk melakukan kerja kerja senggaran jalan.Kenapa sistem ini dipinda ?


Apa akan jadi dengan nasib kontraktor kelas G1 dan G2 yang tidak diberi sebarang kontrak ? siapa yang meminda sistem ini ?



Hanya sekadar bertanya, kenapa dan untuk manfaat sapa ya semua tu?!!

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Saturday, July 19, 2014

Bin Mahathir

HT nak bawa pembaca berfikir secara adil kepada semua pihak dalam artikel ini. Pembaca buat penilaian berdasarkan fakta dan bukan sentimen atau nostalgia peribadi, terutamanya penyokong BN yang selalu bercakap soal tiada ketabsuban dalam menyokong parti mereka.

Cuba fikirkan, bahawa Mukhriz itu bukan anak Tun Mahathir untuk lebih adil. Kita namakanlah Mukhriz bin Abdullah untuk memberi peluang kepada kita menilai dgn lebih adil. Ini kerana jika bin Mahathir, maka persepsinya adalah pembangunan negara dan ekonomi yg telah dibuat bekas perdana menteri itu sepanjang 22 tahun pemerintahan, sedangkan Mukhriz belum menyumbang apa-apa yg benar benar bermakna kepada rakyat.

Ok, katakanlah MB sekarang ini bernama  Mukhriz bin Abdullah. Apakah yang telah Mukhriz Abdullah ini benar benar sumbangkan kepada rakyat setakat ini? Tentulah Mukhriz Abdullah telah banyak menyerahlah aktiviti sumbangan dan juga aktiviti beliau motong getah getah sampai ke sik dan baling. Tapi menyerah sumbangan itu bulan kerja MB, dah ada organisasinya yang bertanggungjawab untuk itu. itu namanya MB buat-buat sibuk kerja orang.

Kerja MB adalah melantik orang-orang yang berkemampuan dan beramanah untuk mentadbir negeri, kemudian merancang dan melaksanakan pembangunan negeri.

Itu yang Mahathir buat apabila menjadi PM, tetapi atas persepsi Bin Mahathir, Mukhriz juga dianggap membuat kerja MB beliau. Tetapi adakah Mukhriz bin Abdullah benar benar buat kerja beliau? Apa buktinya?


Adalah mustahil untuk seorang MB mentadbir dengan baik dan membuat keputusan dengan cekap dan teliti jika terlalu banyak masa bermain wayang. Lebih 70% masa Mukhriz dilihat dalam program program "mesra rakyat" yang sebenarnya tidak membawa faedah kepada rakyat, sebaliknya berfaedah hanya kepada ahli politik seperti Mukhriz dalam mencari populariti.  Jika tidak percaya tentang kegilaan popularity, cuba tengok berapa banyak gambar MB dishare di FB, dan anda fikir itu semua percuma!! Jika berterusan gilampopulariti, bila pula Mukhriz ada masa untuk merancang dan mengkaji secara teliti urusan kerajaan dan menteri besar?

Sebab tidak telitilah, orang yang menerajui Bina Darulaman Berhad dipilih dari orang yang sedang diambil tindakan kerana tidak amanah dan berpeluang dipecat daripada syarikat asalnya.

Mereka yang mengenali CEO BDB, Izham pasti tahu bahawa dia telah diselamatkan oleh Mukhriz setelah diambil tindakan didalam Percetakan Nasional Berhad akibat salahlaku. Sedangkan BDB adalah GLC Kedah yang paling penting dalam pembangunan dan kewangan kerajaan negeri, Mukhriz sepatutnya lebih teliti, namun disebabkan terlalu sibuk berwayang untuk bersaing dengan pemimpin PAS yang memang tulen dalam mendekati fakyat, inilah jadinya kepada Mukhriz.

Begitu juga, apabila Mukhriz melantik kakibotol didalam agensi pelaburan Kedah, maka segala kerja tidak berjalan, malah dikatakan kaki botol ini hanya makan gaji buta dan tidak ada kemampuan langsung untuk membawa masuk pelabur akibat sibuk dengan aktiviti minum dan berkelab malamnya. Ini juga bercanggah dengan pengumuman Mukhriz untuk meningkatkan pelaburan di Kedah.

Apa yang ada hanyalah persepsi bahawa Mukhriz akan membawa pembangunan kepada negeri Kedah, ini hanya kerana ia  didasarkan kepada rekod Mahathir. Jika lah Mukhriz itu bukan anak Mahathir, rakyat tentu sudah sedar bahawa Mukhriz hanya berwayang dan hidup atas jasa dan nama Mahathir.

HT hanya nak ajak pembaca berfikir dan meneliti betul betul dengan niat suci dalam bulan ramadhan mubarak ini, jika tidak kerana nama Bin Mahathir dihujung nama Mukhriz, adakah pembaca nampak apa sebenarnya Mukhriz buat atas nama dan kemampuan beliau sendiri?!!


Jawapannya.. tidak ada melainkan wayang semata mata.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi.

Monday, July 14, 2014

Kenapa Mukhriz Diugut Blogger Sendiri?

Kecoh satu Kedah bagaimana kononnya seorang blogger bernama Padi Jantan mengugut hendak tembak Meteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Jika dibaca dalam kenyataan facebook Padi Jantn, nampak macam ada unsur ugutan. Tapi bukan ugutan terus sebaliknya hanya satu kenyataan sahaja.

Herotamil tak minat nak ulas soal teknikal kes tu, biar la polis yang siasat jika ada kes. Apa yang menarik adalah rupanya padi jantan ni blogger Umno atau di Kedah, bermakna dia blogger yang bersama Mukhriz masa kempen nak jatuhkan Pas pasca 2013 dulu.

Kita masih ingat bagaimana Mukhriz jadi hero nak bela Madrasah salihiah, kerana nak kenakan ustaz Azizan. Kerana nak tunjuk kata dia lebih tahu agama daripada ulama, fatwa pun dilanggar kerana hendakkan keuntungan politik. 

Katanya si Padi Jantan ni adalah dalam kumpulan yang sama, namun dia kecewa kerana selepas kempen guna Madrasah, apabila sudah dapat kuasa dan duduk ditakhta MB, Mukhriz melupakan terus Madrasah Salihiah.

Kemudian daripada itu, penyokong Mukhriz membuat laporan polis katanya Padi Jantn membuat kenyataan mengugut menembak Mukhriz. Jika dilihat, laporan polis ini pula dimulakan oleh blogger pro Umno Kedah, kemudian barulah diikuti oleh cai cai Umno yang nak tumpang cari nama. Ini bermakna, sesama blogger depa sudah bertikam sehingga kepada tindakan laporan polis. Apa muslihat sehingga pergaduhan antara blogger Umno ni  sehingga ketahap membuat laporan polis untuk menganiaya kawan sebantal mereka?

Kalau tiada kepentingan, perkara sebegitu boleh diselesaikan dengan mudah. Itulah akibatnya kalau memelihara hantu raya, bila tak cukup makan atau nak cari makan, mereka akan cipta dan besar-besarkan apa apa saja isu, supaya tuannya merasa takut, dan terus menjamu mereka lagi.

Kalau pemimpin tu berakal, tentulah dia tahu permainan hantu hantu raya ni semua. Kalau benar ini kes jenayah, kenapa selepas buat laporan polis, nak kena kena buat laporan dan tag dalam FB pula? Ini lah maksudnya, hantu raya cari makan. Kenyanglah mereka yg duduk disekeliling pemimpin yang tiada ketinggian daya fikir.

Herotamil bukan sapa-sapa, dok taraf rendah dan tidak bijak, kerja pun hanya dapat upah ikut berapa relong boleh kerat padi. Tapi Herotamil nak menyeru kepada yg kononnya bijak pandai, tiada gunanya ilmu jika tidak disertai akal. 

Kalau ahli politik boleh menperdaya rakyat untuk jawatan, mereka juga tidak kebal dari dipermainkan blogger belaan mereka.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Saturday, July 12, 2014

Cubaan Cemar Exco! Itu satu Jawapan ka?

Berlegar diruang maya dan dikedai kopi kisah bagaimana sekumpulan kontraktor kecil tidak berpuas hati apabila projek-projek kepada kontraktor kecil sudah dikaut oleh Exco tertentu.

Berita ini cuba dinafikan oleh tangan tangan tertentu, tetapi tidak mahu mengambil tanggungjawab.


Kita pun tahu, Exco-exco tertentu diKedah ni pantang ada wartawan saja, mesti sua muka masuk berita. malah kalau takda wartawan pun, mereka bayar blogger-blogger upahan untuk menaikkan nama mereka dengan memastikan gambar mereka sentiasa berada diruang maya.

Tapi agak pelik bila tuduhan sebegini berat dijawab oleh "Satu Sumber" sebagai cara mematikan keresahan kontraktor kecil. Takkanlah Sinar Harian nak rujuk sumber yang tak berkenaan, mestilah akhbar itu rujuk kepada sumber yang ada autoriti. 

Tapi agak pelik, dalam keghairahan mereka berselfie dan gila masuk surat khabar, sumber yang menafikan tersebut tidak mahu masuk dalam gambar atau berselfie sebagaimana biasa.

Jawapan juga dijawab dengan tuduhan "cubaan mencemar Exco" dan tuduhan balas, sebagai cara mengelak daripada menjawab isu asal.

Kenapa agaknya ya?!!

Herotamil,
Drebar Mesin padi

Friday, July 11, 2014

Berapa Juta Kedah Bayar Untuk 2000 View?

Kononnya Naturally Magical Langkawi akan jadi satu tarikan untuk menarik sampai 500 juta pengunjung.

Maka jutaan ringgit dibelanjakan untuk mengandakan program yang hanya syok sendiri. Kenapa aku kata syok sendiri?

Sebabnya, takda pencong luar nak mai jauh-jauh ke Kedah untuk menyaksikan persembahan teknologi yang bercambah kat negara depa.

Tarikan Langkawi bukan persembahan cahaya dan magikal sebegitu rupa, sebaliknya adalah keindahan alam semulajadinya. Hendak bersaing persembahan laser yang dibuat tiap-tiap hari di Pulau Sentosa, Singapura?!! apakah kebodohan program ini.

Namun disebabkan kita bersangka baik, kita tunggu dan lihat hasilnya program yang dirancang bijak pandai ini yang diumumkan Mukhriz akan menarik 500 Juta pengunjung. Kita tunggu dari hujung tahun lepas sampai sekarang.

Dan sekarang kita lihat hasilnya.

Video Magical langkawi dilihat sebanyak 1362 kali dalam 6 bulan

Video ini pula hanya 911 Kali dalam 6 bulan

Hanya dua video itu saja yang disiarkan untuk naturally langkawi dengan jumlah page view sebanyak 2273, dan penganjur yang mengaut berjuta-juta ringgit. 

Kalau video mereka sendiri pun mereka tidak mampu tarik pelawat untuk datang view, adakah mampu mereka menarik pelancong untuk datang dan membelanjakan wang di Langkawi? Aku tinggal kepada pembaca untuk membuat kesimpulannya..

Berapa Ratus ribu satu Klik Penganjur dapat?

Jika ditengok website syarikat yang mempromosikan Langkawi ini juga hanya di kemaskini 7 kali. Dan kemaskini terakhir adalah pada Julai 2013 sebelum yang terbaru pada Julai 2014.

Disinilah Mukhriz bersama-sama Kementerian pelancongan menghabiskan duit rakyat, mencurah garam dalam usaha memasinkan laut. Sibuk hendak promosi Langkawi yang sudah ada pelancong yang ramai, tanah besar yang lebih mencabar tidak dipedulikan.

Sedangkan kata Mukhriz, beliau mahu meningkatkan pelancong di tanah besar Kedah yang katanya perlu bagi meningkatkan ekonomi rakyat Kedah?

Macam Herotamil kata, Mukhriz mentadbir negeri tanpa perancangan, sebaliknya mentadbir negeri seperti persatuan riang-ria, ditabdir secara teringat apa hari ini buat itu.

Dulu Mukhriz kata "Pakai Otak La.."

Mungkin Mukhriz kena laksana apa yang beliau kata kepada PAS dulu.

PAKAI OTAK LA..


Herotamil,
Drebar Mesin Padi





Thursday, July 10, 2014

Muhkriz: The Neo Lah Badawi II : Pemborosan

Lebih setahun pentadbiran Mukhriz di Kedah sejak menang PRU-13, tidak nampak banyak perubahan yang berbentuk isi oleh Mukhriz, melainkan kulit dan hiasan semata-mata.

Selfie tidak bersalah, yang bersalah, Selfie Tiap2 hari!!
Suka atau tidak, Mukhriz nyata lebih kerap dilihat sebagai model selfie berbanding dengan menteri besar yang memimpin pentadbiran negeri. Malah lebih banyak ditunjukkan aktiviti yang remeh berbanding dengan urusan teras yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin negeri.

Dimana ditunjukkan kepada rakyat Kedah pelan transformasi negeri yang dijaja sana sini apabila sesuatu projek dilancarkan? Seperti Lah Badawi yang membawa kejatuhan BN pada 2008 setelah gemilang dan tembelang semenjak 2003 (walaupun BN akhirnya dibantu oleh pengundi hantu dan SPR untuk menang dengan cara menipu), Mukhriz membawa Kedah seolah-olah sebuah persatuan riang-ria yang diuruskan secara harian dan bulanan. 

Bila terdengar ada rakyat dalam kemiskinan, maka bawalah duit, beras dan hamper milo gula dan kopi, seoalah-olah Mukhriz mengiktiraf bahawa jabatan-jabatan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan dan Zakat tidak mampu buat semua itu.

Kemudian, Mukhriz akan umum atau lancar sesuatu projek konon ada pelaburan beberapa Billion. Yang terakhir adalah pelaburan kononnya sebanyak RM2.8 billion di Taman Sains Perubatan, yang entah lokasinya di mana pun tiada siapa tahu, dan pastinya Mukhriz sendiri pun tidak pasti.

Begitu juga bila Mukhriz umum tentang litar lumba yang akan dibina di Daerah Kuala Muda (Sebelum cerita Taman Sains Perubatan RM2.8 billion tu). Dimanakah tanahnya? dimanakah peruntukannya? Adakah perkara itu dalam bajet negeri? Jika tiada, dimana dananya? Bila tarikh hendak pecah tanah? Bila Tarikh jangka siap? Ini semua pastinya tidak ada kerana Mukhriz bukan Mahathir, Mukhriz hanyalah Lah Badawi yang baru.

Mukhriz menggunakan imej dan lakonan secara keterlaluan, mengumumkan terlalu banyak perkara yang beliau sendiri tidak pasti, hanya untuk menaikkan imejnya. Apakah disebabkan terlalu lama berada di KL beliau menyangka orang Kedah begitu naif ?

Tidak saja sekadar menjual imej, Mukhriz juga membazir wang kerajaan kepada perkara-perkara yang tidak perlu dan diluar kemampuan kocek kerajaan negeri, sebagaimana ditegur oleh YB Dato' Ir Amiruddin minggu lalu.

Apakah perlu kerajaan negeri menyediakan video sehingga kos lebih sejuta? Apakah perlu membawa ramai pemimpin-pemimpin parti Umno keluar negara atas tangungan kerajaan negeri? Apakah perlu berbelanja sehingga jutaan ringgit untuk untuk magical langkawi? Apakah hasil magical langkawi? Kononnya untuk menarik 500 juta pengunjung seperti dakwan Mukhriz disini, sudah berapa juta yang datang tambahan dari hasil Magical Langkawi?

Berapa Juta Dibelanjakan Untuk Magical Langkawi? Mana Laporan Hasilnya kepada Rakyat?




Kami rakyat Kedah mahu melihat hasil, bukan wayang. Sebab itulah pada 2008 BN dijatuhkan di negeri Kedah ini. Dan jika pemilihan kepimpinan negara ditangan orang Kedah pada waktu itu, BN sudah jadi pembangkang di Malaysia.

Cuba bayangkan kalau Mukhirz itu bukan anak Mahathir bekas perdana menteri, dan nilaikanlah prestasi Mukhriz secara objektif tanpa unsur Mahathir. Pastinya apa yang herotamil tuliskan ini dapat difikirkan dan dapat dinilai dengan tepat. 

Apa yang Muhkriz sudah buat setelah lebih setahun?!!!

 

HeroTamil,
Drebar Mesin Padi





Monday, July 7, 2014

Kedah Boros!, Buat Video Promosi Lebih RM1.2 JUTA!!!!

Kedah ni termasuk antara negeri termiskin dalam Malaysia, dengan pendapatan kerajaan dan penduduk yang rendah. Sebab itulah, apabila dipaksa hentikan penebangan balak, Arwah Ustaz Azizan marah, kerana orang tidak tahu kesukaran mengurus kewangan negeri seperti Kedah.

Alasan negeri pertanian padi bukan alasan untuk jadi miskin, kerana di Selangor seperti di Sekinchan dan Tg Karang, pendapatan pesawah adalah tinggi. Ini kerana hasil padi yang tinggi. Sebab apa hasil padi depa lebih tinggi dari Kedah yg lebih lama dalam bersawah ni, pembaca fikir sendiri la.

Tapi Mukhriz, dalam sekelip mata berbelanja duit negeri macam takdak esok dah. Sebaliknya apa program dia untuk menambah pendapatan rakyat dan negeri, takkan hendak ulang bercakap soal pelaburan saja. Memang ramai yang akan marah bila aku cakap macam ni sebab semua dok ciwi dengan MB baru tak habis lagi, pendek kata, bagi orang BN dan banyak rakyat Kedah, Mukhriz ni mesti wangi dalam segala hal.

Kalau aku kata, Kedah belanja buat video tak sampai 12 minit pun, tapi bayar sampai RM1.2 juta, hangpa mesti tak percaya. Oleh itu, lebih baik hangpa tanya atau bawa kesidang DUN Kedah, cuba tanya dia sendiri.

Kalau dikira balik, jatuh seminit RM100,000 untuk buat video tu. Agak agak hangpa, berbaloi ka? Aku takmau komen la apa kandungan video tu, tapi kalau ada macam gambag transformer atau jurassic park, masuk akai la juga dengan harga tu.

Selepas bawa berpuluh orang pi makan angin luar negara, termasuk ketua ketua bahagian Umno,guna duit kerajaan negeri, kemudian buat video dgn harga yg bapak punya mahai, apa lagi yang Mukhriz nak buat?

Sebenarnya banyak lagi pemborosan yang sudah dan sedang berlaku.. hanya kerana hangpa taktau, tidaklah bermakna pemborosan tak berlaku.

Aku tak mau panjangkan cerita, kalau tak percaya, tanya la di sidang DUN. Tengok apa depa nak jawab..

Buat masa la ni, kalau cakap pasal MB Kedah ni, semua orang akan tengok imej dia pakai jubah, dok berbuka puasa dan sahur sana sini.

Ha ha ha.. jangan lekas terpedaya..

Herotamil
Drebar Mesin Padi.
.

Sunday, July 6, 2014

Mukhriz: The Neo Lah Badawi

Apabila Lah Badawi mengambil alih jawatan dari Dr Mahathir pada 2003 sokongan yang Lah Badawi dapat sangat besar, sehingga 90% kerusi parlimen diperolehinya.

Sokongan rakyat kepada Lah Badawi malah termasuk dari pembangkang, atas dasar imej wara dan berjiwa rakyat. Berbeza dengan Mahathir yang tidak menunjuk-nunjuk akan imej mesra rakyat, sebaliknya apabila mengambil alih kerajaan dari Tun Hussin Onn, terus bertindak seperti guru disiplin. Mahathir memperbetulkan disiplin kakitangan kerajaan, meningkat kecekapan dan berobjektifkan pencapaian.

Sejarah membuktikan, Mahathir bertahan selama 22 tahun dan masih boleh diteruskan jika beliau masih mahu, kerana kekuatan sokongan rakyat yang tidaklah mencipta rekod seperti Lah Badawi, tetapi konsisten.

Anak Mahathir, Mukhriz menjejak kaki dalam politik dengan imej Mahathir, sambutan rakyat bawahan begitu hebat. Apabila diletakkan sebagai calon di Parlimen Jerlun, beliau menang atas sokongan pengundi tidak mengira parti, bukan atas sebarang jasa, sebaliknya atas imej Mahathir.

Begitu juga, apabila beliau dinamakan sebagai calon Menteri Besar, Kedah yg berada dibawah kerajaan PAS jatuh ketangan BN pada PRU13.

Apabila menjadi menteri besar, imej Mukhriz terus meningkat, dengan lawatan demi lawatan dan program program bersama rakyat.

Tidak saja program bersama rakyat, Mukhriz menunjukkan imej bijak beliau dengan program transformasi negeri Kedah. Ia kelihatan hebat, tetapi sudah nampak kecenderungan ia lebih menyamai program Koridor Ekonomi Lah Badawi, berbanding dengan program yang lebih mempunyai isi seperti yang dibuat Mahathir.

Suka atau tidak, nyata program transformasi Negeri Kedah, lebih hiasan daripada keknya.

Pengumuman demi pengumuman dibuat dengan projek bernilai berbillion billion ringgit dan bersaiz mega, namun ternyata Mukhriz mengumumkan projek tanpa kajian. Semalam, beliau mengakui Projek Lapangan Terbang yang beliau canangkan belum pun ada kajian kebolehlaksanaan. Begitu juga projek Bandar Getah yang tidak ada kemajuan, Mukhriz umumkan pula Taman Sains Perubatan, yang sebenarnya belum ada apa apa perangcangan yang kemas. Mukhriz hanya menumpukan kepada populariti dan bukan inti.

Mungkin agak lambat bagi rakyat untuk menyedari ketidakmampuan Mukhriz sebagai pemimpin, tetapi sebagaimana satu taboo untuk mengkritik Lah Badawi diawal pemerintahannya, sekarang adalah satu taboo untuk mengkritik Mukhriz.

Tapi, Mukhriz hanyalah seorang Lah Badawi dan bukan Mahathir. Mukhriz adalah Lah Badawi yang baru, atau Neo Lah Badawi. 

Neo Lah Badawi, Mukhriz hanya tin kosong yang akan jatuh merudum sebaik saja tembelangnya terbongkar. Rakyat akan kecewa sekali lagi.

Sebagaimana dikatakan orang, manusia seperti Mahathir mungkin wujud seorang dalam seratus tahun,jika kenyataan ini benar, kebarangkalian Mukhriz menjadi satu lagi Mahathir adalah tipis.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Friday, July 4, 2014

Transformasi Kedah! Kulit Tanpa Isi

Tahun lepas dihebohkan Kedah telah menyiapkan satu pelan transformasi untuk pembangunan negeri Kedah.

Termasuk dalam pelan transformasi tersebut adalah rancangan pembangunan ekonomi, pembangunan ICT, pelancongan, pengangkutan dan pelbagai infrastruktur.

Namun, sehingga hari ini, tiada satu penerangan jelas tentang apa hasil kajian dan apa langkah langkah yang terancang untuk mencapai transformasi yang dikehendaki.

Rakyat dibiarkan tertanya tanya, apa rancangan sebenar transformasi yang telah diputuskan dan apa yang bakal dilaksanakan.

Ambil contoh, dalam pembangunan ICT, telah ada dua pelan yang dibuat sebelum ini, iaitu dalam KEDAP 2010 dizaman DS Syed Razak dan disusuli Cetakan Biru ICT negeri di zaman Arwah Ustaz Azizan. Kedua-duanya senyap selepas dilancarkan. 

Dizaman transformasi Mukhriz, nampak lagi mengarut. Tidak langsung dibentangkan pelan selain hanya menyebut dan mengulang sebut Transformasi. Tiada pelan transformasi ICT dan bidang-bidang lain untuk dibentang dan dilihat rakyat. Sebaliknya apa yg berlaku adalah program memadam kebakaran apabila satu satu isu timbul.

Jika itulah keadaannya, bermakna tiada pun pelan transformasi yang serius untuk membawa kedudukan negeri Kedah jauh lebih tinggi. Apa yang diwayang kepada rakyat hanyalah kulit tanpa isinya bagi kerajaan BN Kedah mengaburi mata rakyat.

Usahlah berjanji terlalu banyak dan berpolitik tunjuk muka kerana waktu sekarang bukan waktu berkempen pilihanraya, sebaliknya waktu bekerja setelah diberi kuasa untuk mentadbir negeri.

Herotamil,
Dreber Mesin Padi.

Thursday, July 3, 2014

Berita Menyedihkan Di Sebalik Pelan Transformasi Kedah

Pendang - Ada lagi rakyat tidur berbumbungkan ayaq hujan

'Kami tidur dalam hujan'
Wartawan Sinar Harian

Keadaan bumbung rumah mereka yang sudah uzur dan perlu dibaiki segera.
Mohd Zaidi bersama isteri dan anak-anaknya mendiami tinggalan rumah Estet Kongsi Baru
Keadaan bumbung rumah mereka yang sudah uzur dan perlu dibaiki segera.

PENDANG - "Tidur dalam kehujanan sudah terbiasa buat kami sekeluarga sejak empat tahun mendiami rumah ini kerana atap sudah banyak yang bocor," luah Mohd Zaidi Safar, 39, dari ladang Estet Kongsi Baru, Kilang Kecil, di sini.

Menurutnya, rumah yang didiami itu hanya tinggalan rumah Estet Kongsi Baru dan keadaannya sudah semakin uzur.

"Setiap kali hujan, dia sekeluarga resah mencari tempat untuk berteduh, jika hujan lebat tempias hujan ini akan masuk ke dalam rumah, malah pernah air melimpah di dalam rumah akibat kawasan rendah.

"Sekiranya, hujan tidak lebat, boleh juga kami menadah air dengan besen," katanya.

Zaidi berkata, dia tidak mempunyai kerja tetap dan hanya mengambil upah apa sahaja kerja yang diminta oleh orang kampung kerana mempunyai masalah penyakit sawan.

"Saya tidak boleh bekerja dalam cuaca panas terik namun perlu bekerja walaupun kesihatan tidak berapa mengizinkan.

"Saya pernah pengsan semasa melakukan kerja namun jika tidak bekerja maka tidak berasaplah dapur rumah kami.

"Pendapatan yang diperolehi juga tidak menentu. Jika ada kerja dapatlah sedikit wang perbelanjaan dapur namun tidak mencukupi untuk memperbaiki rumah yang rosak," katanya.

Isterinya, Kolilah Khamis, 40, berkata, dia tidak dapat bekerja kerana menjaga tiga anaknya yang masih kecil manakala anak sulung yang berusia tujuh tahun tidak bersekolah kerana tidak berkemampuan.

"Wang yang diperoleh hanya cukup untuk membeli makanan sahaja.

"Saya tidak dapat bekerja kerana tiada orang yang akan menjaga anak. Jika dihantar rumah pengasuh pula mahal bayarannya, mana kami mampu," katanya.

Menurut Zaidi, beliau tidak menerima apa-apa bantuan dari mana-mana agensi dan berharap ada yang sudi memperbaiki rumah yang didiami atau membantu menguruskan permohonan perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) kerana tidak pandai membaca
serta menulis.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Zaidi di talian 019-500 3834.

Ceh, Lawyer Kaki Botoi Pun Mukhriz Lantik Dalam GLC

Kalau kita nak sebut Mukhriz lembik, nanti orang Umno marah pula.

Aku tengok sesuatu dari kacamata yang seimbang, bukan berdasarkan kehendak membodek parti mana-mana, atau memburukkan parti mana-mana.

Tapi, kalau aku kata Mukhriz lembik, orang Umno jangan pula nak marah. Itu kira baik la, sebenarnya Mukhriz bukan saja lembik, malah mandom, kemereh, buat kerja pun kena tuntun.

Biar aku cerita kenapa aku kata macam tu. Cuba tengok gambar diatas.

Individu yang kononnya lawyer ini sebenarnya terlibat dalam banyak kes penipuan, malah terdapat bukti-bukti bagaimana dia menipu kontraktor, pembekal, pegawai daerah, pegawai perbandaran, malah profesor universiti pun pernah ditipu individu ini.

Setakat ini, aku takmau dedahkan nama dia, tapi dengan bukti bahawa dia ni seorang kaki botol, kaki clubbing dan seangkatan dengannya, individu ini masih tetap dilantik sebagai pegawai di Syarikat Berkait kerajan negeri.

Macam dah tak cukup anak Kedah yang lebih berwibawa, Mukhriz lantik kaki botol untuk jaga GLC pelaburan Kedah. Padan muka orang Umno Kedah, hangpa tak layak nak duduk semeja dengan Mukhriz la, kaki botol ni lagi layak.

Selepas membaca ni, baru tau kan kenapa aku kata Mukhriz lembik, mandom, kemereh, buat kerja pun kena tuntun? Nak tolak kaki botol dan kaki putar alam macam ni pun dia tak mampu, apakah dia mampu menghadapi dugaan dalam kepimpinan dia di masa depan.

Mampukah dia menolak gesaan orang sekeliling beliau yang berperangai seperti kaki botol tersebut!!?

Mukhriz toksah la dok boh lebai atas kepala, jumpa dan sarapan dengan ulama dimasjid dan surau tiap-tiap minggu, tapi lantik kaki botol untuk tadbir negeri.

PAS pun ada juga lantik kroni masa penggal yang lepas, tapi takdak la ambik kroni kaki botol.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi ... yang bukan kaki botol..



Wednesday, July 2, 2014

Exco Dok Sapu, Muhkriz Lembik, Puak Umno Sendiri Pun Bising

Cerita dibawah tu, pasal exco dok berebut projek dan bunuh kontraktor kelas marhaen di salin tampal dari blog Mommyrokiah. Ia berkisar pasal tingkah laku exco yang berbuat sesuka hati. Malah tindakan exco ini adalah dibawah pengetahuan Mukhriz, dan Mukhriz hanya mengikut sahaja tanpa membantah.

Banyak sudah cerita-cerita tentang Exco tertentu yang gila projek, semua si Exco ni sapu, dari projek penyelengaraan perbandaran sampai la projek kecik-kecik, semua nak disapu.
.
Yang Mana Exco Yang Dikatakan? Sabar..., Kita bagi pembayang sikit-sikit...


Tapi jangan terkam semua Exco kerana Exco yang terlibat ni, bukan semua, malah exco-exco lain pun sudah naik angin. Tapi katanya, tiada daya exco-exco lain nak berbuat apa-apa, sebab exco sorang ni asyik dok ulang masuk pejabat Mukhriz dan melentok dengan Mukhriz.

Sebagaimana diketahui, Mukhriz sangat lembik dengan Exco-Exconya, sehinggakan apa saja yang disumbat oleh exconya akan ditelan. Jadi segala projek dan pelaksanaan apa-apa program bergantung kepada siapa yang lebih kerap masuk dalam bilik MB, dan bukan berdasarkan pertimbangan akal dari maklumat dan kajian yang sahih dari Mukhriz.

Contohnya, idea lapangan terbang Kulim yang tak masuk akai tu, datang dari Exco yang sama, Mukhriz cuma jadi burung tiong. Sampai dah tak semak fakta dan kajian mendalam, terus umum nak buat lapangan terbang antarabangsa di Kulim. Bukan kita tak setuju, semua benda kita hendak adakan di Kedah ni, tapi benda ni tak masuk akal.

Tak ramai orang akan percaya bahawa Mukhriz boleh di kelentong dengan mudah, tapi aku akan cerita satu kisah bagaimana seorang kaki botol pun boleh kelentong Mukhriz sampai dapat kedudukan dalam kerajaan, apatah lagi Exco yang melintuk liuk.

Jangan lupa ikuti kisah kaki botoi dalam masa terdekat....

Jangan lekas tak percaya!!!


Herotamil,
Drebar Mesin Padi

 

 

Artikel dari Mummyrokiah

KONTRAKTOR G1 DAN G2 (KELAS F) DI KEDAH MENGAMUK


Rahsia bukan rahsia lagi apabila setiap kedai nasi kandar di daerah dalam Negeri Kedah sudah kedengaran suara-suara bahawa sedang ada satu gerakan mengumpul tanda tangan tanda protes di kalangan usahawan kontraktor kelas marhaen G1 dan G2 terhadap seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kedah.
Protes ini  membengkak terhadap exco ini kerana beliau dikatakan telah meraup @ pondoi kesemua pojek-projek kecil hak kontrakotor G1 dan G2 dan mengumpulkan menjadikan satu projek besar yang bernilai jutaan ringgit dan projek itu sebaliknya telah dianugerahkan kepada sebuah kontraktor besar kepunyaan exco tersebut. 
Pemerhati difahamkan kontrator-kontrator kecil dari setiap daerah seluruh negeri Kedah akan berarak berjumpa MB membawa surat petisyen sebagai tanda protes terhadap tindakan tamak exco tersebut dalam sedikit masa ini.
Jika ini berlaku ia pasti akan mencalarkan integriti kewibawaan kepimpinan Mukhriz Tun Mahathir sebagai MB di Kedah. Dan yang lebih parah lagi ia akan menjejaskan pengaruh Barisan Nasional di Kedah dalam PRU14 kelak dan ketika itu BN akan menangis tidak berlagu. 
Yang sudah pasti setiap kontraktor kecil paling sedikit terdiri dari 20 periuk nasi di bawah mereka sudah pasti tidak akan mengudi BN. 
Mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk bangun protes atas alasan periuk nasi mereka dan keluarga mereka telah disamun secara terang-terangan oleh kroni exco ini. 
Mukhriz sudah pasti akan membuat keputusan yang bijak samada mahu menjaga seorang penyamun atau menjaga ribuan periuk nasi kontraktor marhaen yang sedang kelaparan projek. 
Semoga dengan kelembutan Mukhriz isu ini dapat di atasi.

Bawa 40 Orang Ke Jepun, Pembaziran Kedah Yang Melampau!!

Aku dengar, ada rombongan Negeri Kedah pi Jepun bawa sampai 40 orang wakil bulan lepas. 40 orang tu bukannya sikit, ramai melampau.

Katanya, depa pi tarik pelabur mai ke Kedah, tapi bawa 40 orang, gila punya tak masuk akai kalau nak tarik pelabur.

Malah ada ketua bahagian parti Umno dan wakil rakyat yang takdak kena mengena dengan pelaburan pun depa angkut pi.

Apa kaitan ketua bahagian politik dengan urusan rasmi kerajaan, aku pun taktau, tapi bila duit rakyat digunakan untuk bagi anugerah politik macam ni, ia satu kerja yang karut.

Kedah bukan negeri kaya macam Selangor, Kedah negeri miskin, kalau belanja macam ni, jenuh berhutang la, sampai anak cucu cicit dok kena bayar hutang hangpa pi berseronok.

Sepatutnya, Mukhriz usaha tambah pendapatan negeri dan dalam masa yang sama, wang yang ada tidak dibazirkan. Kalau satu perjalanan memakan belanja sampai jutaan ringgit, akan terlungkup la negeri Kedah ditangan Mukhriz.

Ini la kepimpinan MB anak Mahathir yang dok bergambar tiap-tiap hari dengan imam dan tok bilal masjid, tapi membazir duit negeri ratusan ribu hanya untuk berseronok dan tunjuk hebat berjalan luar negara. 

Takkan bila negeri dah tersepit, hutang dah tak mampu dibayar baru nak berjimat.

Mukhriz jangan jadi Kisah Ali Baba dengan 40 Penyamun, rakyat Kedah bagi amanah suruh jaga negeri, bukan jaga orang-orang sendiri.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi


Tuesday, July 1, 2014

Lapangan Terbang Cadangan Pembaziran Oleh Mukhriz

Ini satu lagi teguran tentang sikap MB Kedah yang pada kulitnya macam warak, tapi bila masuk bab amali, tak serupa apa yang dipamerkan dalam imejnya.

KERAJAAN BN KEDAH Perabih Duit Rakyat Bina Airport Kedua !

Tak sangka Mukhriz anak Mahathir ini amat boros rupanya !



Dah elok2 ada Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Titi Gajah tu, dia teringin nak memprojekkan lagi duit rakyat untuk membina sebuah lagi lapangan terbang baru di Kulim.





Nampak ala-ala macam warak aja si Mukhriz ni, kat majlis Selawat Nabi hari tu ... Tapi, tak sangka, dalam hatinya ada agenda.

Selawat Selawat jugak bebbb!...

Projek Mega mesti kebas jugak ! ... Jangan terlewat, nanti melepas ! PRU14 dah dekat , belum tentu nak menang/kalah nanti ... Projek didahulukan, kroni diutamakan ! (Pepatah rasmi org UMNO!)


Buat apa lagi perlunya lapangan terbang di Kulim?



Kenapa teruk sangat pemikiran pemimpin Umngok ni? Membazir duit rakyat adalah kerja utama puak ni. Kalaupun dikata nak jadikan lapangan terbang kedua tu sebagai lapangan terbang kargo, mahupun lapangan terbang bertaraf antarabangsa, dah elok-elok sedia ada Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Titi Gajah - depan pintu rumah Mukhriz sendiri) tu, cubalah pertingkatkan lapangan terbang tu untuk dijadikan ianya bertaraf antarabangsa. Buat pa perlu buat lagi satu?



Rakyat Kedah sungguh berasa pelik dengan kegilaan melampau Mukhriz ni.  
seterusnya di sini..
Aku hanya menyampaikan cetusan hati rakyat Kedah.
Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Airport Vs Medical City!!!! Mukhriz Semakin Mengarut

Tudia, belum pun Lapangan Terbang Kulim yang depa dok heboh di ketahui oleh Menteri Pengangkutan , Kedah nak buat Medical Science city pula..

 benda ni ada di nukilkan di blog gherekburuk seperti dibawah...

" Selepas Airpot bertaraf antarabangsa yang bernilai RM1.6 Bilion, kita Medical Science City yang katanya sudah ada pelabur yang berjumlah RM2.8 Bilion diwar-warkan oleh MB Kedah.


Gherek hanya nak tanya, kenapa hanya Kulim Bandar Bharu saja yang dapat berbilion-bilion pelaburan? Kenapa tidak baling, sik atau Jerlun?



Apakah kerana EXCO MOU datang dari Kulim Bandar Bharu? 



Airport katanya untuk memperlengkapkan KHTP yang sudah canggih, apakah Medical Science City juga bakal melengkapkan KHTP yang Presidennya sedang ketakutan untuk melawan kawasan Perindustrian Tinggi Batu Kawan? ...........
Kalau hangpa nak baca apa pula kerajaan Kedah dok mengarut, pi baca di blog gherekburuk disini .

Gebang deraih sungguh..

Herotamil,
Drebar Mesin Padi