Gondang Emas dan Telurnya |
Masalah kemusnahan padi oleh siput gondang emas merupakan masalah besar kepada pesawah.
Kalau tengok dalam bendang di Kedah, tidak ada bendang yang tidak ada gondang emas ni.
Cuba kira, berapa banyak anaknya |
Masalah ni sudah berlaku lama dan nampak tiada usaha yang kuat dan bersepadu untuk menghentikan masalah ni secara menyeluruh.
Siput ini mampu memusnahkan sehingga 93% hasil pada jika tidak dikawal.
Berbagai kaedah yang digunakan pesawah secara cuba cuba sendiri. Antaranya dengan mengutip siput-siput dari sawah, memasang perangkap disaliran air dan juga meracun.
Cara pertama dan kedua tidak memberikan kesan sampingan, tetapi agak sukar untuk dilaksanakan dengan jumlah siput yang terlalu banyak.
Kaedah meracun pula menyebabkan kesan sampingan kepada makhluk-makhluk lain yang turut hidup di kawasan bendang.
Kaedah yang terbaik adalah secara kawalan biologi, dengan memperkenalkan itek pemangsa, iaitu itek Khaki Campbell dan Muscovy.
Dalam semua itu, dimana perlibatan serius kerajaan negeri?
Apa ada pelan pembangunan pertanian negeri?
Mungkin kerajaan negeri boleh menjawab bahawa itu kerja Mada dan Jabatan Pertanian, tetapi bukankah lapangan terbang itu kerja kementerian pengangkutan, kenapa kerajaan negeri pula yang berlebih-lebih.
Sebagai negeri pertanian padi utama, selain dari pembangunan baru yang sering di war-warkan, eloklah kerajaan negeri menumpukan usaha menyelesaikan masalah-masalah petani, yang secara tidak langsung meningkatkan pendapatan dan dapat memperbaiki taraf hidup rakyat.
Pembinaan projek-projek mega bukan tidak dibolehkan, tetapi ianya patut dilihat sebagai kerja-kerja tambahan selepas perkara-perkara asas pertanian sudah diselesaikan.
Kerajaan Negeri jangan terlalu ghairah dengan angka itu dan ini, lihat apa yang sebenarnya benar-benar dinikmati rakyat kebanyakan.
Jika Lapangan terbang dibina, berapa peratus hasilnya akan dinikmati rakyat kebanyakan berbanding dengan elitis. Jika jumlah wang sama digunakan untuk menambahbaik pertanian negeri, berapa banyak hasil dan nikmat dapat dirasai oleh rakyat kebanyakan yang lebih tahu berterimakasih berbanding engan elitis.
No comments:
Post a Comment