Muka Yakin, Tapi Menteri Pengangkutan Pun Belum Tahu |
Bukan main heboh lagi Mukhriz sebulan dua ni kononnya nak bina Lapangan terbang antarabangsa di Kulim.
Tengok dari segi cakap, dok buat perbandingan dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas kononnya kemampuan kargo semakin menurun, sudah terlalu sesak dan ada tanah sebanyak 600 hektar di Kedah.
Nampak macam cerdik Mukhriz ni, tapi sebenarnya tindakan dia hanya nampak bagus pada permukaan saja.
Contohnya, mana ada tanah 600 hektar di Kulim melainkan tanah yang sudah dipunya milik dan perlu dibeli balik. Anggaran untuk membeli tanah seluas 600 hektar (Atau 1500 ekar) di Kedah ni saja sudah mencecah RM480 juta.
Itu pun sebenarnya masih kecil saiznya untuk dikatakan sebagai lapangan Terbang Antarabangsa yang dirancang untuk mengatasi Bayan lepas. Sekurang-kurangnya dengan skala yang Mukhriz gambarkan, ia memerlukan 3000 ekar (1200 hektar) yang akan menelan belanja pengambilan tanah sahaja sebanyak RM960 juta.
Begitu juga, sebenarnya kesesakan di Lapangan Terbang Banya Lepas bukan disebabkan landasan tetapi lebih kepada pengurusan terminal. Sebab itulah kita boleh tengok,walaupun Mukhriz kata sibuk, mana ada banyak pelepasan dan pendaratan di Lapangan Terbang bayan Lepas. Cuba tengok pelepasan di Lapangan terbang Svarnabum, Bangkok dan bandingkan dengan Bayan Lepas, baru tahu apa maksud kesibukan sebuah lapangan terbang.
Dan yang paling mengecewakan adalah kenyataan menteri pengangkutan seperti dibawah, iaitu kertas cadangan pun beliau belum terima. Ia memberi gambaran bahawa perkara sebesar ini tidak dibawa kepada perbincangan peringkat menteri, sebaliknya Mukhriz menghebahkan seolah-olah sudah ada petunjuk daripada kerajaan persekutuan tentang projek tersebut.
Seperti yang Herotamil katakan sebelum ini disini , Mukhriz ni kuat wayang, benda belum ada apa-apa lagi dia sudah hebahkan macam nak mula pagi esok. Apatah lagi, soal lapangan Terbang, Pelabuhan ini bukan kerja kerajaan negeri, dan ini bukan benda yang boleh dibuat berdasarkan siapa pandai melobi. Mukhriz ingat kerajaan pusat nak pastikan Jambatan Kedua Pulau Pinang (yang hampir jadi gajah putih akibat tiada pengguna) tu terus mati dengan membuka lapangan terbang berhampiran di sebelah tanah besar?
Lebih elok jika Mukhriz menumpukan supaya Exco-exco beliau buat kerja yang berkaitan dan melihat keadaan hidup rakyat dibawahan. Walau cuba di putar macam mana sekalipun, rakyat Kedah bukan mudah nak diperbodohkan.
Kami mungkin dok pulas skru mesin padi dan trekta, tapi bukan bermakna kami mudah dipulas dengan kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal.
Herotamil,
Drebar Mesin Padi
*******************************************************************************
Lapangan terbang di Kulim akan dikaji
Liow Tiong Lai
GEORGETOWN - Kerajaan akan mengkaji cadangan negeri Kedah untuk membina
lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim, kata Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima kertas cadangan berhubung perkara itu.
"Saya belum ada laporan terperinci, saya kena tengok dulu semua butiran baru saya boleh membuat komen lanjut.
"Masih terlalu awal untuk saya komen pasal lapangan terbang dan pastinya mereka akan hantar kertas cadangan terperinci dan saya akan menelitinya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bukit Bendera di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment