Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Monday, June 16, 2014

Hasil Padi Kedah Berkurangan 8% atau 40,000 Tan Semusim

Pada tahun 2013, jumlah hasil padi Kedah menjunam sebanyak 40,000 tan setahun. Ia disebabkan masalah tanah jerlus di sawah-sawah di Kedah.

Sehingga kini, masalah itu belum dapat diatasi memandangkan tiada langkah konkrit yang dirancangkan oleh kerajaan negeri mahupun pihak Mada.

Antara langkah yang cuba dilaksanakan oleh MADA adalah dengan menghentikan sementara aktiviti sawah selama semusim dua, bagi memastikan tanah sawah benar-benar kering dan masalah tanah jerlus dapat diatasi.

Memandangkan padi adalah hasil utama Kerajaan Kedah, sewajarnya  masalah ini diatasi sesegera mungkin. Setelah lebih setahun kerajaan BN memerintah Kedah, tiada banyak yang dilakukan, malah makmal transformasi negeri Kedah yang dibuat ala kadar juga tidak memberi penekanan kepada pemasalahan meruncing yang dihadapi petani di negeri itu. Tidak tahulah siapa yang diambil masuk kedalam makmal transformasi Kedah, tetapi nyatanya mereka yang tidak pernah memijak selut tidak mungkin memahami situasi sebenar.

Sebagai anak bendang, aku tahu punca tanah jerlus bukanlah sebab masalah saliran kerana jika diikutkan perkembangan sistem saliran di Kedah, semakin baik saliran dibuat, semakin bertambah masalah jerlus. Jadi, adakah benar masalah saliran yang menyebabkan tanah jerlus?

Sebenarnya, masalah tiada kawalan jentera dan kimia pertanian yang menyebabkan tanah jerlus semakin menjadi-jadi di Kedah.

Jentera Penuai di Kedah
Jentera Bajak di Kedah
Kalau dulu, mesin pada New Holland 1530 dan 140 digunakan, sekarang mesin model 8050, 8080 jentera untuk ladang kering yang begitu berat digunakan, malah tangki bijirin juga dibesarkan untuk menjimatkan ulang alik. Jentera-jentera yang terlalu berat ini menjadi kebanggaan, sedangkan dinegara maju, kawasan pertanian berair mereka menggunakan jentera ringan.

Kemudian, apabila masalah jerlus bermula, pembajak kecil tidak boleh membajak, dibawa masuknya jentera bajak berat dan traktor juga dipasang dengan trek. Ini menyebabkan semakin dalam lantai sawah dikorek, dan semakin seruius masalah jerlus.


Kepimpinan kerajaan negeri wajar memahami masalah sebenar rakyat, jangan dilambung dengan keseronokan projek itu dan ini, sedangkan penderitaan rakyat tidak dipedulikan.

Janganlah mengejar projek-projek mega yang besar dan baru, sedangkan masalah sawah yang merupakan nadi rakyat Kedah tidak diselesaikan.

Jentera Penuai di Thailand
Jangan hanya melihat projek yang memerlukan perbelanjaan besar, tetapi dari segi garispanduan penggunaan jentera dan sebagainya tidak dilihat langsung. Di Thailand, mana ada jentera-jentera besar yang memusnahkan sawah dibenarkan masuk. Mereka mengawal dengan baik mesin-mesin yang digunakan disawah-sawah mereka dan tidak membenarkan mesin-mesin skrap dari negara maju dibawa masuk memusnahkan tanah pertanian mereka.

Jentera Penuai Di Negara Maju, Jepun


Yang benar,
Hero Tamil
Drebar Sperry 1530



No comments:

Post a Comment