Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Tuesday, September 30, 2014

Kekalutan Yang Mengecewakan

HT berdiam diri buat seketika untuk melihat kearah mana isu pelantikan MB baru Selangor akan menuju.

Daripada HT berlapik dan berhujah dengan ayat yang HT sendiri pun tak percaya, baik HT terus terang saja.

Apa yang berlaku dalam krisis MB Selangor mematahkan banyak semangat untuk menuju kepada politik yang matang. Nampaknya, lebih senang menyebut politik matang berbanding melaksanakannya.

Ramai yang secara menyindir atau secara halus meletakkan Pas dalam situasi bersalah, dan Pas juga diletakkan sebagai tidak menghormati konsesus PR.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu konsesus dari Pas tidak pernah dirujuk diperingkat awal dalam kes pemecatan ini. Tentulah apabila tidak dirujuk, keputusan sebesar sebegini memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan. Dalam masa yang sama, Pas juga perlu menutup tindakan parti rakan dalam PR bahawa Pas tidak dirujuk lebih awal. Jika Pas tidak menjawab atau menjawab tidak tahu, ia akan memberi gambaran bahawa Pas tidak dirujuk pada peringkat awal. Ini akan menimbulkan tekaan tekaan jahat yang lain pula.

Dengan kedudukan Umno Selangor yang sudah koma, tentulah tidak bijak jika PR pula memberi nafas baru dengan isu isu yang sengaja diperbesar besarkan ini. Pertukaran MB Terengganu pun kecoh juga, walaupun di Terengganu hanya satu parti saja memerintah. Apatah lagi, Selangor diperintah dengan gabungan tiga parti, tentulah serba sedikit ada percanggahan, tapi tak perlu lah di heboh macam langit nak runtuh.

Memandangkan MB Selangor pun dah dilantik, baik masing-masing tutup mulut daripada terus bergaduh. Tak payah dok buat malu. Banyak penyokong yang tidak ada kepentingan melainkan menyuarakan suara rakyat sudah kecewa dengan kemelut ni. Sudah-sudah la.

HT hanya menasihatkan, jangan sampai rakyat benci.

 








Sunday, August 3, 2014

Bijak Sungguh! Tutup Pasar Malam Untuk Elak Kesesakan.

Kerajaan terpaksa tutup pasar malam untuk elak kesesakan!!!. Tersedak kuih raya Herotamil baca jawapan yang diberi. HT nak tanya, ada ka pasar malam yang tak menyesakkan jalan? Hampir semua pasar malam memang menyebabkan kesesakan lalulintas, HT cadangkan tutup semua pasar malam....Awat la bagi jawapan serupa orang buta perut!

Peniaga bangsa lain di Pekan Cina dan Jalan Putra pun sesakkan jalan, tiap-tiap hari pula tu. Ada berani pi tutup? Tapi sebab disitu peniaganya bukan Melayu, mana berani tutup. Melayu takpa la, MB pi bagi hamper raya, selfie dua tiga kali, senyap la depa.

Yang HT nampak macam kerajaan cuba membelit dan buat dungu. Atau mungkinkah jawapan yang diberi bagi pihak yang kononnya pro kerajaan seolah olah cuba sabotaj kerajaan negeri secara halus? Macam rakyat Kedah ni bodoh sangat, Ada ka pulak nak disamakan antara tutup pasar malam dengan pindah pasar malam. 

Yang nyata ini bukan pindah, tapi tutup. Kalau pindah, senang saja nak jawab, tunjukkan la tapak gantinya. Itu baru namanya pindah. Tak payah pun berbelit panjang, tunjuk ja tapak baru.

Cubaan menyalahkan Arwah Ustaz Azizan dalam kes ini adalah satu politik keji kerana jelas memutar belitkan arahan PINDAH orang yg telah tiada dengan tindakan TUTUP pasar malam.


Herotamil.
Bila jalan sesak, selesaikan dengan tutup punca rezeki peniagaan Melayu, masa terdesak laung hidup Melayu!





Tuesday, July 29, 2014

Kemana Pemberi dan Penerima Rasuah?!!

Pemberi Rasuah dan Penerima Rasuah ke Neraka.














Tolong Share, sedikit usaha kita mungkin mencegah perbuatan yang merosakkan generasi dan agama. Allah SWT mengetahui walau sebesar zarah usaha kita.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1. Hati-hati memandu, kalau tak boleh nak hati-hati, jangan memandu.

2. Membeli tu ikut keperluan, takdak sapa heran pun kita dok pakai benda-benda yang mahal tu, kita ja perasan. Sport rim baru pun bukan kita nampak bila dok dalam kereta.

2. Makan tu agak agak la, posa tahun depan lambat lagi... rugi ooi, dah sebulan bukan main teruk nak flushing, hari pertama dah penuh karbon balik.

3. Jangan lupa ziarah dan sedekah apa-apa yang patut pada yang telah tiada, kita pun "on the way".

4. Gembirakan keluarga kita dulu, ayah, ibu, anak-anak, abang adik kakak...marka boleh tunggu..

5. Jangan merempit.. kalau nak merempit juga rempit kat atas ban yang takdak orang langsung, jatuh sakit pun sendiri tanggung. Litar lumba tak siap lagi.

Wassalam,

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Saturday, July 26, 2014

Macam Mana Pemimpin Boleh Jatuh!!

Macam mana pemimpin boleh jatuh? Sebab musuh dia kuat ka? Sebab dia lemah ka? Gherek mungkin boleh bagi jawapan

Gherek di bulan puasa ini agak kurang agresif berkayuh. Dalam dok membaca terjumpa satu artikel yang menarik yang disiarkan dalam Berita Harian oleh Dr Asraf Wajdi. Walaupun dr Asraf ini kuat UMNO, tapi penulisan ini bagi gherek amat menarik. Perlu dibaca oleh pemimpin dan yang menggelar mereka pemimpin.

Teruskan membaca ...di Gherek sini
 
p/s: HT bukan pemimpin, tapi pernah jatuh mesin padi, bukan pasai tertidur, tapi pasai pijak minyak gris. Sakit woo..

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Friday, July 25, 2014

Macam Nak Tindih Dengan Trek Mesin Padi Ja Aku Rasa

Kalaulah takdak undang-undang dan tak menjadi kesalahan, aku rasa nak tindih dengan trek mesin ja pengarang akhbar BH ni.

Inilah kualiti akhbar Umno, yang diterajui oleh mereka-mereka yang dikasihi oleh pemimpin Umno.

 Berlumba-lumba nak tunjuk depa buat kerja awal, pantas dan cekap. Ala-ala trasnformasi.

Tak masuk akal dan diluar etika bila menyiarkan barang-barang peribadi mangsa tragedi MH17.

Tadak ada rasa hormat kepada mangsa dan keluarga mangsa, apatah lagi dalam keadaan negera dan seluruh dunia sedang berkabung dengan tragedi menyayat hati ini.

Eloklah dipecat sahaja Ketua Pengarang Berita Harian.

 Herotamil,
Drebar Mesin Padi.

Kisah Lalat Pun Tak Mai

Kisah ini HT catatkan sebagai teladan, untuk diambil pengajarannya. 

Bukan kisah dongeng Sang kancil atau Sang buaya, ini kisah benar belaka..

Pasti semua ingat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada pilihanraya 2004, Abdullah menang dengan mencatat rekod kemenangan terbesar bagi BN. PKR, PAS dan DAP hampir tidak bermaya.

Dengan imej warak, mengembar-gemburkan tentang penjimatan itu dan ini, anti rasuah, rakyat keseluruhan tak kira la PAS, Umno, PKR, DAP dan lain-lain semua memberi undi kepada PM paling warak dan baik itu.

Selepas itu, keangkuhan mengambil alih...

Apa yang nyata, rakyat tidak merasai apa-apa hasilnya, walaupun angka-angka dan koridor dijulang oleh orang sekelilingnya.

Abdullah menunjukkan sikap tidak boleh menerima kritikan, malah perlu sentiasa dipuji, bukan setakat diri sendiri, malah mak bapa bini dan anak-anak beliau pun perlu dipuji. Tidak ada dewan atau bangunan baru yang tidak meletakkan nama keluarga Abdullah. Malah sebuah dewan PWTC juga diberitakan diletakkan nama Hendon.

Oleh kerana itu kehendak Abdullah, maka orang keliling semua memuji dan memuja Abdulah. Malah tidur dan diam Abdullah juga dipuji sebagai satu keunggulan.

Panglima beliau akan dihantar untuk memancung sesiapa saja yang berkata tanpa dimulakan dengan puji-pujian terhadap Abdullah.

Ada kawan baik sudah menegur sikap suka dipuji dan cuai beliau, malah berpesan tentang orang sekeliling beliau yang hanya berpura-pura kerana ada kepentingan sahaja.Kata beliau lagi.. "Lah, aku rasa hang ni, kalau tak jadi PM dah, lalat pun tak sudi hinggap". Oleh kerana kata-kata itu tidak memuji Abdullah, maka kata-kata sahabat itu juga tidak diendahkan. Sahabat pula dianggap musuh.
Bila berkuasa, tidur pun dipuji

Jangan main-main dengan kata-kata pujian orang sekeliling, pandangan menjadi kabur, boleh terlena dibuatnya, malah sahabat sejati dianggap menjadi musuh.

Apa yang berlaku seterusnya adalah sejarah. Abdullah menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia.

Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan cenderung mengulangi sejarah tersebut.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi


Thursday, July 24, 2014

Celaru

Pagi ni waktu pi kedai beli santan, jumpa dengan kawan lama HT, dia dah lama kerja di Kuala Lumpur dan tahun ni bercuti awai, balik raya di kampung.

Dia pelan-pelan bisik kat HT "..betui ka MB Kedah ni orang kata celaru?..."

HT tanya dia, awat sampai dok kena berbisik.

Kawan HT kata, tak berani cakap buruk-buruk pasai Mukhriz, nanti orang Kedah marah. Di Kuala Lumpur, orang tak kisah bercakap apa pun.

Dia komplen awat celaru sangat sampai sampai jadi tuan rumah majlis pun boleh dia menghilangkan diri.

Kawan HT sambung lagi "...majlis sepenting ini bagi seorang ahli politik pun boleh Mukhriz tinggalkan hingga tetamu tertanya-tanya, tak ka celaru namanya...."

HT kata, sudah-sudah la tu, aku no komen la. Benda ni perkara kecik saja. Tetamu tak payah la nak mengada-ngada sangat.

Dah mai makan free pun banyak songel. kami orang Kedah kalau jamu makan free kira besaq tuah dah. No komen.. no komen.... Komen aku dengan gaya macam VIP yang dikelilingi reporter seluruh dunia.

Baik aku pi sambung kerja repair mesin, broker mai dok cari mesin dah, tak lama lagi, padi masak, mesin dok dalam bangsal lagi, jenuh pula.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Wednesday, July 23, 2014

Wayang AYAQ

HT ambil sedikit petikan berita bagaimana Kedah beria-ia mahu menuntut bayaran dari Pulau Pinang bagi air yang digunakan oleh Pulau Pinang untuk industri dan domestiknya.


Beliau menambah adalah adil bagi kedua-dua kerajaan negeri untuk mencapai persetujuan mengenai perkara itu.
"Kita akan berunding dengan mereka dan lihat jika kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya.

Sebagai tindak balas, Mukhriz berkata bekalan air telah disediakan di sebelah Pulau Pinang, tetapi kawasan tadahan air atau sumbernya berpangkalan di Kedah.

"Saya masih ingat ada kemarau sekali, dan Pulau Pinang telah menulis kepada Kedah meminta kita untuk melepaskan air dari empangan kami ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan.

"Surat itu sendiri merupakan pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpangkalan di Kedah," katanya.

Heboh satu Malaya, dan punya lah seronok orang Kedah, dapat MB bijak yang pandai cari pendapatan, nak tuntut duit dari Pulau Pinang sebab gunakan air dari sumber negeri Kedah.

Pendapatan tetap selama puluhan tahun tuu, satu idea yang memang bijak laksana.

 
Itu berita Jun 2013...
...dan...

....... la ni Julai 2014. Apa sudah jadi?!!!
 
Wayang!!!!??


Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Monday, July 21, 2014

Ada Apa Antara Mukhriz Dengan Pesawah?!

Pagi ni, HT agak sibuk dengan tugas berat, nak mencantum trek baru mesin HT. Dengan trek berat lebih satu tan, mencantum bukan kerja sukar, tetapi satu kerja berat. Dibulan puasa pula, 
kena jimat tenaga kalau nak kerja sampai petang.

Masa ni la nak kumpulkan anak anak menakan mai tolong toi, kita jadi tukang boh skru saja.

La ni, alat ganti mesin pun semakin mahal, minyak pun mahal. Walaupun kami ni petani yang sebenarnya dok buat kerja dibendang, kami tak dapat subsidi macam tuan bendang. Jadi kami adalah golongan petani yang tak layak dapat apa apa bantuan. Istilah petani dimata kerajaan adalah orang yang ada memiliki bendang atau penyewa bendang. Dimana depa belajar mengistilahkan petani HT tak pasti la, cuma yang pasti didunia, depa diktiraf sebagai golongan yang pandai la.

Dalam kerajaan, bila depa bagi bonus depa bagi pada semua peringkat, walaupun banyak yang tak buat pun kerja "governing". Inclusif pula bila kena dekat depa, sampai penjawat tukang cuci, dreber semua pun dapat sebab depa kerajaan.

Tapi bagi kami petani yang ambil upah tabur baja, sembor racun, bawa kubota, menyulam, menuai padi, kami tak dapat apa-apa hanya kerana kami tidak ada tanah bendang. Lagi miskin, lagi tak dapat bantuan, itulah hukumnya.

Kami faham kalau kerajaan pusat tak faham semua ni, tapi MB Kedah baru yang dikatakan sangat prihatin, turun madrasah itu, buka posa di pondok ni, tidur rumah keluarga angkat sana sini, selfie dengan pelajar dan macam macam aktiviti yang dikitar dalam FB dan web, takkan tak sedar masalah ni.

Sibuk dengan lapangan terbang khayalan, sibuk dengan taman sains perubatan, sibuk dengan bandar getah yang sampai sekarang entah dimana, MB Kedah nampaknya syok sendiri. Realitinya tidak ada apa yang berlaku pun!

Adalah lebih baik MB tolong tengok golongan pesawah yang tidak didendang ni. Depa ni la yang berperanan tebang buluh pasang bendera ditengah malam masa pilihanraya, nak bagi ahli politik dok sedap dalam wisma tu. Malah sampai la ni pun, depa dok tabur baja pakai baju cap kati. Puak puak hat dok pejabat tu, depa hanya tau cekak pinggang saja, rancang sana, rancang sini, gaji pun dibayar penuh. Kalau takdak golong bawah ni yang dok laksana, rancangan hanya dok atas kertas saja, macam lapangan terbang dan bandar getah tu. Jadi difikir fikirlah siapa sebenarnya yang meletakkan pemimpin ditempat itu?!!

HT tengok, negeri Kedah ni transformasi yang berlaku hanya dalam khayalan MB sahaja. Dibumi nyata, petani yang menjadi teras kepada hidup mati negeri Kedah sejak berzaman pun tidak termasuk dalam apa apa pelan transformasi negeri. Transformasi apa nya bila purata hasil padi seekar semakin menurun, dan keluasan bendang juga semakin menurun?! Sedangkan di Selangor, hasil padi semakin meningkat walaupun sudah tinggi berbanding dengan Kedah.

Apa sebenarnya pelan transfosmasi pertanian negeri Kedah!

Kalau Mukhriz fikir, dengan acara menghulur seratus dua yang dinaiktaraf pada Ramadhan sudah mencukupi untuk membantu rakyat Kedah, nyatalah Mukhriz sedang berkhayal. Dan MB yang sedang berkhayal dan dilamun dengan lambungan orang sekeliling tidak kekal lama ditampuk pemerintahan Kedah.

Maafkan HT kerana memberi pandangan berlainan daripada kebanyakan rakyat Kedah yang terpesona dengan wayang yang ditayangkan Mukhriz. Tak salah jika rakyat terpesona kerana Mukhriz sendiri pun terpesona dengan wayang beliau sendiri.

Seperti dadah yang mengkhayalkan, suka atau tidak realiti pasti dirasai akhirnya.

Tak perlu menafikan perkara yang haq.

Heromtamil,
Drebar Mesin Padi.