Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Sunday, July 6, 2014

Mukhriz: The Neo Lah Badawi

Apabila Lah Badawi mengambil alih jawatan dari Dr Mahathir pada 2003 sokongan yang Lah Badawi dapat sangat besar, sehingga 90% kerusi parlimen diperolehinya.

Sokongan rakyat kepada Lah Badawi malah termasuk dari pembangkang, atas dasar imej wara dan berjiwa rakyat. Berbeza dengan Mahathir yang tidak menunjuk-nunjuk akan imej mesra rakyat, sebaliknya apabila mengambil alih kerajaan dari Tun Hussin Onn, terus bertindak seperti guru disiplin. Mahathir memperbetulkan disiplin kakitangan kerajaan, meningkat kecekapan dan berobjektifkan pencapaian.

Sejarah membuktikan, Mahathir bertahan selama 22 tahun dan masih boleh diteruskan jika beliau masih mahu, kerana kekuatan sokongan rakyat yang tidaklah mencipta rekod seperti Lah Badawi, tetapi konsisten.

Anak Mahathir, Mukhriz menjejak kaki dalam politik dengan imej Mahathir, sambutan rakyat bawahan begitu hebat. Apabila diletakkan sebagai calon di Parlimen Jerlun, beliau menang atas sokongan pengundi tidak mengira parti, bukan atas sebarang jasa, sebaliknya atas imej Mahathir.

Begitu juga, apabila beliau dinamakan sebagai calon Menteri Besar, Kedah yg berada dibawah kerajaan PAS jatuh ketangan BN pada PRU13.

Apabila menjadi menteri besar, imej Mukhriz terus meningkat, dengan lawatan demi lawatan dan program program bersama rakyat.

Tidak saja program bersama rakyat, Mukhriz menunjukkan imej bijak beliau dengan program transformasi negeri Kedah. Ia kelihatan hebat, tetapi sudah nampak kecenderungan ia lebih menyamai program Koridor Ekonomi Lah Badawi, berbanding dengan program yang lebih mempunyai isi seperti yang dibuat Mahathir.

Suka atau tidak, nyata program transformasi Negeri Kedah, lebih hiasan daripada keknya.

Pengumuman demi pengumuman dibuat dengan projek bernilai berbillion billion ringgit dan bersaiz mega, namun ternyata Mukhriz mengumumkan projek tanpa kajian. Semalam, beliau mengakui Projek Lapangan Terbang yang beliau canangkan belum pun ada kajian kebolehlaksanaan. Begitu juga projek Bandar Getah yang tidak ada kemajuan, Mukhriz umumkan pula Taman Sains Perubatan, yang sebenarnya belum ada apa apa perangcangan yang kemas. Mukhriz hanya menumpukan kepada populariti dan bukan inti.

Mungkin agak lambat bagi rakyat untuk menyedari ketidakmampuan Mukhriz sebagai pemimpin, tetapi sebagaimana satu taboo untuk mengkritik Lah Badawi diawal pemerintahannya, sekarang adalah satu taboo untuk mengkritik Mukhriz.

Tapi, Mukhriz hanyalah seorang Lah Badawi dan bukan Mahathir. Mukhriz adalah Lah Badawi yang baru, atau Neo Lah Badawi. 

Neo Lah Badawi, Mukhriz hanya tin kosong yang akan jatuh merudum sebaik saja tembelangnya terbongkar. Rakyat akan kecewa sekali lagi.

Sebagaimana dikatakan orang, manusia seperti Mahathir mungkin wujud seorang dalam seratus tahun,jika kenyataan ini benar, kebarangkalian Mukhriz menjadi satu lagi Mahathir adalah tipis.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

No comments:

Post a Comment