Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Friday, February 6, 2015

Apa Yang Sudah Berubah Di Kedah Sejak Kemenangan Slogan Berani Berubah?

Beranikah Berubah? Pasti??
Lama Herotamil tak menulis, saja dok diam dan menjadi pemerhati.  Lebih mudah melihat dalam senyap dan tidak dikenali kerana itu memberi peluang bertemu realiti.

Dalam tak sedar, bulan depan lengkaplah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri Kedah bertukar tangan daripada PAS kepada BN dibawah pimpinan DS Mukhriz Mahathir.

Rakyat Kedah telah memberi mandat kepada anak bekas Perdana Menteri Keempat dengan slogan yang dibawanya.. Berani Berubah..

Setelah dua tahun berlalu, marilah kita kaji dan lihat adakah Berani Berubah adalah slogan semata-mata atau benar-benar ada yang telah berubah?

Cuba kita bertanya..adakah pentadbiran kerajaan negeri telah berubah dari segi kecekapan dan penyampaian, atau sekadar diubah pemegang jawatan? Setakat yang dilihat dari luaran, memang tiada perubahan langsung dari segi kecekapan dan penyampaian. Nak tukar geran tanah, nak mohon lesen itu dan ini, sama saja dengan kerajaan dulu. Yang berubah adalah kadar sewa tapak niaga yang semakin naik. Yang berubah lagi adalah perniagaan orang Melayu dibunuh dengan membawa masuk peniaga Kemboja.

Lihat juga...adakah dari segi sosial menunjukkan sebarang perubahan? Selain dari pertukaran pemegang jawatan Exco daripada PAS kepada BN, tidak juga nampak apa-apa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat. Sudah berapa ribu penagih ketum yang dipulihkan? Atau kerajaan negeri tidak ada pun angka penagih ketum anak negeri? Ataupun kerajaan negeri tidak sedar pun bahawa ketum sudah menjadi fenomena sosial yang merosakkan generasi muda sekarang ini? Pada ketika Herotamil sedang menulis ini pun, entah berapa penagih baru ketum sudah bertambah.

Apakah dari segi ekonomi, adakah ada perubahan kepada negeri dan rakyat? Apakah peningkatan perkapita rakyat Kedah? Adakah kadar pengangguran sudah berkurang? Bagaimana dengan penambahan jumlah usahawan dan perniagaan? Berapa ramai anak muda usahawan baru yang telah diasuh oleh kepimpinan berani berubah?

Dari segi agama? Apakah sudah ada anjakan dalam penghayatan agama anak-anak Kedah? Adalah program agama bermaksud beryahanaanaa sahaja? Tidak adakah inisiatif lain yang tidak menghabiskan sumber dan material?

Herotamil melihat sebagai Menteri Besar, Mukhriz tidak tahu membezakan diantara politik musim pilihanraya dan pentadbiran berorientasikan hasil. Semuanya hendak disukat dari segi berapa riuh bunyi bising dan berapa mukasurat cetakan akhbar tentang sesuatu program, membuktikan bahawa Mukhriz berpolitik pilihanraya sepanjang masa.

Angan-angan nak buat Airport... stesyen bas busuk hanyir pun tak senggara
Politik pilihanraya dengan kompang dan kegemparan adalah steroid yang digunakan bila perlu, sebaliknya Menteri Besar ini mahukan steroid setiap hari, Dan sudah dapat dijangkakan, bila tiba hari pertandingan, maka Menteri Besar akan tersungkur bersama partinya.

Namun, itu bukanlah penting kerana parti hanyalah alat, sebab itulah agaknya parti diperalatkan habis-habis oleh opportunis bagi mengaut apa yang boleh. Apa yang lebih penting dan mengecewakan rakyat Kedah adalah tidak ada apa yang dibawa perubahan untuk anak negeri Kedah.

Suka atau tidak, cubalah bawa hujah kepada Herotamil, apakah yang sebenarnya yang dicapai selain dari promosi projek mega yang entah dimana hujung dimana pangkalnya, tiada siapa yang tahu. Sedangkan stesyen-stesyen bas kegunaan rakyat marhaen tidak langsung dipeduli

Apa sebenarnya yang berubah di Kedah ini? Dari pandangan Herotamil, jika ada pun perubahan adalah perubahan kearah semakin teruk....

Herotamil:
Kalau belum pun masuk dua tahun memerintah dah tersembul macam macam... kalau tunggu PRU14, ada tiga tahun lagi apa macam?..


Thursday, November 20, 2014

KPI Exco...16 Mei 2013 janji: Nov 2014 Belum Nampak Lagi

Apa khabar pembaca HT?

HT sibuk sangat dok perbaik mesin..lepaih tu sambung pula musim menabor, ni baru ada masa sikit nak menulis balik.

HT tak mau tanya banyak-banyak, kata Menteri Besar pada Mei Tahun lepas, ada dibuat KPI tahunan Exco, maksudnya, sampai cukup haul setahun, kena la nilai balik apa yang sudah dicapai.

Setakat hari ni, tak nampak la apa pun yang rakyat Kedah boleh tengok. Bukan setakat pencapai KPI Exco yang rakyat Kedah tak dibagitahu, tapi KPI tu sendiri pun rakyat tak tau.

Cuba baca berita yang HT petik dari bernama dibawah. HT gariskan dibawah kenyataan YAB Menteri Besar, kot-kot tak nampak.


ALOR SETAR, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.

"Beliau perlu berjumpa dengan pelajar kolej itu dan perlu kemukakan beberapa cadangan penyelesaian serta pendekatan bagi memastikan kebajikan pelajar dan kakitangan kolej itu dijaga," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini Khamis.

Katanya pada mesyuarat kali pertama Exco semalam, antara perkara mendapat perhatian ialah isu tanah, kewujudan Majlis Ketua Kampung (MKK) oleh kerajaan terdahulu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Beliau berkata bagaimanapun tiada keputusan besar dibuat dan mereka akan menyegerakan beberapa isu penting dan keputusan mengenai pelbagai isu akan dimaklumkan pada sidang media dalam tempoh terdekat.

Mukhriz berkata kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.

"Saya tak akan guna sewenang-wenangnya kuasa untuk tamatkan lantikan Exco untuk tempoh setahun. Kita mahu semua Exco rangka perancangan dalam tempoh lima tahun untuk mudahkan kita selaraskan kerja.

"Contohnya kalau seseorang Exco tak penuhi KPI 100 peratus tetapi ada perancangan nak penuhi KPI tersebut sudah memadai bagi saya," katanya.

Beliau berkata Exco akan diberi masa untuk menyediakan rangka perancangan dan perbincangan dengan Exco terlibat akan diadakan bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan baik dan beliau bersedia menerima cadangan daripada mereka.





-- BERNAMA

Thursday, October 2, 2014

Veteran Umno, dari ZAMkata Tentang Mukhriz?

AIRPORT KULIM : JANJI MUKHRIZ AKAN JADI JANJI SANUSI
dariblog : Zamkata sini

Pengundi Kedah dah mangli dengan janji-janji pemimpin dari ‘federal’ bila balik menjadi MB. Dulu ketika Sanusi Junid dihantar oleh Mahathir balik ke Kedah untuk jadi MB secara paksaan untuk diterima oleh wakil-wakil rakyat di Kedah amboi bukan main cita-cita nak bangunkan Kedah.

Kononnya nak tambak laut dari Sanglang ke Kuala Muda. Syarikat Samudera Darulaman diberi hak ‘deal ‘ pasir di Acheh. Rakyat Kedah menaruh harapan mengunung. Sanusi nak tanam padi atas bumbung. Gagasan MENJERO –Mental, Jasad dan Rohani hanya tinggal gagasan. Akhirnya bila Sanusi tersungkur tak dapat 2/3 dlm pilihanraya politik BN menjadi nyawa-nyawa ikan di Kedah. Gagasan tinggal gagasan, tambak laut jadi bahan lawak penglipurlara rakyat Kedah.

Hari ini mai pulak Mukhriz. Dok nak buat airport di Kulim. Kesan dari pengumuman Mukhriz itu telah melahirkan ramai speculator harta tanah mula goyang loceng jadi broka nak jual tanah di Kulim dan kawasan yang sekitar dengannya. La ni dah ada ketua bahagian UMNO dok gila merian melobi projek nak buat airport bawa profile syarikat jumpa MB. Menjual air lior sana sini.

Hakikatnya pengundi pun dah cerdik la ni. Depa tau projek jangka panjang macam ini bukan senang nak dilaksanakan. Pengambilan tanah sahaja memakan masa 3 atau 4 tahun. Kajian EIA sahaja makan masa 4 tahun. Itu tidak termasuk lagi gangguan ekonomi negara oleh dengan pergolakan di Asia Barat dan negara China yang hari ini sedang berlaku tunjuk perasaan di Hong Kong di mana generasi muda mahukan demokrasi mutlak dengan sokongan ‘the hidden hand of America”.

Jika semua ini diambil perkiraan secara rasional bermakna projek ini akan menjangkau lebih dari 10 tahun. Tempoh satu penggal Mukhriz jadi MB pun tak lama. Lagi sekali PRU Mukhriz akan balik federal dan tinggal Kerajaan Kedah terkontang kanteng. Masa itu mai pula MB baru yang entah apa pulak projeknya nasib tak baik balik kepada pemerintahan PAS.

Apa yang Mukhriz harus tumpu ialah menambah nilai sektor yang sedia ada seperti pertanian dan pelancungan. Kerajaan persekutuan telah berbelanja billion ringgit memajukan Langkawi persoalannya apa usaha Kerjaan Negeri menarik pelancung dari Langkawi ke tanah besar? Tahun lepas kedatangan pelancung ke Langkawi dianggarkan berjumlah 2.8 juta malangnya tak sampai pun 10% yang datang ke tanah besar. Siapa yang untung dengan kemajuan Langkawi? Jawabnya ialah Satun, Phuket dan Hadnyai. Kerajaan negeri masih tidur dibuai mimpi.

Projek jangka panjang memerlukan pemimpin yang lama memerintah seperti Mahathir. Memerintah dalam suasana politik yang stabil. Itu pun sehingga kini projek Proton masih dalam kawalan Mahathir sejak penubuhannya pada tahun 1983 sehingga hari ini tak ada mana pemimpin yang boleh diharap memimpin Proton. Kasihan, umur tongkat langit pun masih melancarkan model baru Proton. Mahathir tak ada Proton gulung tikar.

Itulah realitinya kepimpinan Mukhriz. Lama mana nak pakai jubah dan ketayap? Rakyat nak lihat pembangunan yang menyentuh jiwa mereka. Mereka nak makan hari ini bukannya 20 tahun lagi yang entah apa akan jadi.

"APA DIHARAP PADI SEBERANG, ENTAH MASAK ENTAH KAN TIDAK, APA DIHARAP JANJINYA ORANG, ENTAHKAN TUNAI ENTAH KAN TIDAK"

HT: Dok kata dah, Lapangan Terbang Kulim ni, bertelur pun belum dah berkokok riuh sekampung.

Tuesday, September 30, 2014

Kekalutan Yang Mengecewakan

HT berdiam diri buat seketika untuk melihat kearah mana isu pelantikan MB baru Selangor akan menuju.

Daripada HT berlapik dan berhujah dengan ayat yang HT sendiri pun tak percaya, baik HT terus terang saja.

Apa yang berlaku dalam krisis MB Selangor mematahkan banyak semangat untuk menuju kepada politik yang matang. Nampaknya, lebih senang menyebut politik matang berbanding melaksanakannya.

Ramai yang secara menyindir atau secara halus meletakkan Pas dalam situasi bersalah, dan Pas juga diletakkan sebagai tidak menghormati konsesus PR.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu konsesus dari Pas tidak pernah dirujuk diperingkat awal dalam kes pemecatan ini. Tentulah apabila tidak dirujuk, keputusan sebesar sebegini memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan. Dalam masa yang sama, Pas juga perlu menutup tindakan parti rakan dalam PR bahawa Pas tidak dirujuk lebih awal. Jika Pas tidak menjawab atau menjawab tidak tahu, ia akan memberi gambaran bahawa Pas tidak dirujuk pada peringkat awal. Ini akan menimbulkan tekaan tekaan jahat yang lain pula.

Dengan kedudukan Umno Selangor yang sudah koma, tentulah tidak bijak jika PR pula memberi nafas baru dengan isu isu yang sengaja diperbesar besarkan ini. Pertukaran MB Terengganu pun kecoh juga, walaupun di Terengganu hanya satu parti saja memerintah. Apatah lagi, Selangor diperintah dengan gabungan tiga parti, tentulah serba sedikit ada percanggahan, tapi tak perlu lah di heboh macam langit nak runtuh.

Memandangkan MB Selangor pun dah dilantik, baik masing-masing tutup mulut daripada terus bergaduh. Tak payah dok buat malu. Banyak penyokong yang tidak ada kepentingan melainkan menyuarakan suara rakyat sudah kecewa dengan kemelut ni. Sudah-sudah la.

HT hanya menasihatkan, jangan sampai rakyat benci.

 








Sunday, August 3, 2014

Bijak Sungguh! Tutup Pasar Malam Untuk Elak Kesesakan.

Kerajaan terpaksa tutup pasar malam untuk elak kesesakan!!!. Tersedak kuih raya Herotamil baca jawapan yang diberi. HT nak tanya, ada ka pasar malam yang tak menyesakkan jalan? Hampir semua pasar malam memang menyebabkan kesesakan lalulintas, HT cadangkan tutup semua pasar malam....Awat la bagi jawapan serupa orang buta perut!

Peniaga bangsa lain di Pekan Cina dan Jalan Putra pun sesakkan jalan, tiap-tiap hari pula tu. Ada berani pi tutup? Tapi sebab disitu peniaganya bukan Melayu, mana berani tutup. Melayu takpa la, MB pi bagi hamper raya, selfie dua tiga kali, senyap la depa.

Yang HT nampak macam kerajaan cuba membelit dan buat dungu. Atau mungkinkah jawapan yang diberi bagi pihak yang kononnya pro kerajaan seolah olah cuba sabotaj kerajaan negeri secara halus? Macam rakyat Kedah ni bodoh sangat, Ada ka pulak nak disamakan antara tutup pasar malam dengan pindah pasar malam. 

Yang nyata ini bukan pindah, tapi tutup. Kalau pindah, senang saja nak jawab, tunjukkan la tapak gantinya. Itu baru namanya pindah. Tak payah pun berbelit panjang, tunjuk ja tapak baru.

Cubaan menyalahkan Arwah Ustaz Azizan dalam kes ini adalah satu politik keji kerana jelas memutar belitkan arahan PINDAH orang yg telah tiada dengan tindakan TUTUP pasar malam.


Herotamil.
Bila jalan sesak, selesaikan dengan tutup punca rezeki peniagaan Melayu, masa terdesak laung hidup Melayu!





Tuesday, July 29, 2014

Kemana Pemberi dan Penerima Rasuah?!!

Pemberi Rasuah dan Penerima Rasuah ke Neraka.














Tolong Share, sedikit usaha kita mungkin mencegah perbuatan yang merosakkan generasi dan agama. Allah SWT mengetahui walau sebesar zarah usaha kita.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1. Hati-hati memandu, kalau tak boleh nak hati-hati, jangan memandu.

2. Membeli tu ikut keperluan, takdak sapa heran pun kita dok pakai benda-benda yang mahal tu, kita ja perasan. Sport rim baru pun bukan kita nampak bila dok dalam kereta.

2. Makan tu agak agak la, posa tahun depan lambat lagi... rugi ooi, dah sebulan bukan main teruk nak flushing, hari pertama dah penuh karbon balik.

3. Jangan lupa ziarah dan sedekah apa-apa yang patut pada yang telah tiada, kita pun "on the way".

4. Gembirakan keluarga kita dulu, ayah, ibu, anak-anak, abang adik kakak...marka boleh tunggu..

5. Jangan merempit.. kalau nak merempit juga rempit kat atas ban yang takdak orang langsung, jatuh sakit pun sendiri tanggung. Litar lumba tak siap lagi.

Wassalam,

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Saturday, July 26, 2014

Macam Mana Pemimpin Boleh Jatuh!!

Macam mana pemimpin boleh jatuh? Sebab musuh dia kuat ka? Sebab dia lemah ka? Gherek mungkin boleh bagi jawapan

Gherek di bulan puasa ini agak kurang agresif berkayuh. Dalam dok membaca terjumpa satu artikel yang menarik yang disiarkan dalam Berita Harian oleh Dr Asraf Wajdi. Walaupun dr Asraf ini kuat UMNO, tapi penulisan ini bagi gherek amat menarik. Perlu dibaca oleh pemimpin dan yang menggelar mereka pemimpin.

Teruskan membaca ...di Gherek sini
 
p/s: HT bukan pemimpin, tapi pernah jatuh mesin padi, bukan pasai tertidur, tapi pasai pijak minyak gris. Sakit woo..

Herotamil,
Drebar Mesin Padi

Friday, July 25, 2014

Macam Nak Tindih Dengan Trek Mesin Padi Ja Aku Rasa

Kalaulah takdak undang-undang dan tak menjadi kesalahan, aku rasa nak tindih dengan trek mesin ja pengarang akhbar BH ni.

Inilah kualiti akhbar Umno, yang diterajui oleh mereka-mereka yang dikasihi oleh pemimpin Umno.

 Berlumba-lumba nak tunjuk depa buat kerja awal, pantas dan cekap. Ala-ala trasnformasi.

Tak masuk akal dan diluar etika bila menyiarkan barang-barang peribadi mangsa tragedi MH17.

Tadak ada rasa hormat kepada mangsa dan keluarga mangsa, apatah lagi dalam keadaan negera dan seluruh dunia sedang berkabung dengan tragedi menyayat hati ini.

Eloklah dipecat sahaja Ketua Pengarang Berita Harian.

 Herotamil,
Drebar Mesin Padi.

Kisah Lalat Pun Tak Mai

Kisah ini HT catatkan sebagai teladan, untuk diambil pengajarannya. 

Bukan kisah dongeng Sang kancil atau Sang buaya, ini kisah benar belaka..

Pasti semua ingat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada pilihanraya 2004, Abdullah menang dengan mencatat rekod kemenangan terbesar bagi BN. PKR, PAS dan DAP hampir tidak bermaya.

Dengan imej warak, mengembar-gemburkan tentang penjimatan itu dan ini, anti rasuah, rakyat keseluruhan tak kira la PAS, Umno, PKR, DAP dan lain-lain semua memberi undi kepada PM paling warak dan baik itu.

Selepas itu, keangkuhan mengambil alih...

Apa yang nyata, rakyat tidak merasai apa-apa hasilnya, walaupun angka-angka dan koridor dijulang oleh orang sekelilingnya.

Abdullah menunjukkan sikap tidak boleh menerima kritikan, malah perlu sentiasa dipuji, bukan setakat diri sendiri, malah mak bapa bini dan anak-anak beliau pun perlu dipuji. Tidak ada dewan atau bangunan baru yang tidak meletakkan nama keluarga Abdullah. Malah sebuah dewan PWTC juga diberitakan diletakkan nama Hendon.

Oleh kerana itu kehendak Abdullah, maka orang keliling semua memuji dan memuja Abdulah. Malah tidur dan diam Abdullah juga dipuji sebagai satu keunggulan.

Panglima beliau akan dihantar untuk memancung sesiapa saja yang berkata tanpa dimulakan dengan puji-pujian terhadap Abdullah.

Ada kawan baik sudah menegur sikap suka dipuji dan cuai beliau, malah berpesan tentang orang sekeliling beliau yang hanya berpura-pura kerana ada kepentingan sahaja.Kata beliau lagi.. "Lah, aku rasa hang ni, kalau tak jadi PM dah, lalat pun tak sudi hinggap". Oleh kerana kata-kata itu tidak memuji Abdullah, maka kata-kata sahabat itu juga tidak diendahkan. Sahabat pula dianggap musuh.
Bila berkuasa, tidur pun dipuji

Jangan main-main dengan kata-kata pujian orang sekeliling, pandangan menjadi kabur, boleh terlena dibuatnya, malah sahabat sejati dianggap menjadi musuh.

Apa yang berlaku seterusnya adalah sejarah. Abdullah menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia.

Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan cenderung mengulangi sejarah tersebut.

Herotamil,
Drebar Mesin Padi