Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Thursday, July 3, 2014

Berita Menyedihkan Di Sebalik Pelan Transformasi Kedah

Pendang - Ada lagi rakyat tidur berbumbungkan ayaq hujan

'Kami tidur dalam hujan'
Wartawan Sinar Harian

Keadaan bumbung rumah mereka yang sudah uzur dan perlu dibaiki segera.
Mohd Zaidi bersama isteri dan anak-anaknya mendiami tinggalan rumah Estet Kongsi Baru
Keadaan bumbung rumah mereka yang sudah uzur dan perlu dibaiki segera.

PENDANG - "Tidur dalam kehujanan sudah terbiasa buat kami sekeluarga sejak empat tahun mendiami rumah ini kerana atap sudah banyak yang bocor," luah Mohd Zaidi Safar, 39, dari ladang Estet Kongsi Baru, Kilang Kecil, di sini.

Menurutnya, rumah yang didiami itu hanya tinggalan rumah Estet Kongsi Baru dan keadaannya sudah semakin uzur.

"Setiap kali hujan, dia sekeluarga resah mencari tempat untuk berteduh, jika hujan lebat tempias hujan ini akan masuk ke dalam rumah, malah pernah air melimpah di dalam rumah akibat kawasan rendah.

"Sekiranya, hujan tidak lebat, boleh juga kami menadah air dengan besen," katanya.

Zaidi berkata, dia tidak mempunyai kerja tetap dan hanya mengambil upah apa sahaja kerja yang diminta oleh orang kampung kerana mempunyai masalah penyakit sawan.

"Saya tidak boleh bekerja dalam cuaca panas terik namun perlu bekerja walaupun kesihatan tidak berapa mengizinkan.

"Saya pernah pengsan semasa melakukan kerja namun jika tidak bekerja maka tidak berasaplah dapur rumah kami.

"Pendapatan yang diperolehi juga tidak menentu. Jika ada kerja dapatlah sedikit wang perbelanjaan dapur namun tidak mencukupi untuk memperbaiki rumah yang rosak," katanya.

Isterinya, Kolilah Khamis, 40, berkata, dia tidak dapat bekerja kerana menjaga tiga anaknya yang masih kecil manakala anak sulung yang berusia tujuh tahun tidak bersekolah kerana tidak berkemampuan.

"Wang yang diperoleh hanya cukup untuk membeli makanan sahaja.

"Saya tidak dapat bekerja kerana tiada orang yang akan menjaga anak. Jika dihantar rumah pengasuh pula mahal bayarannya, mana kami mampu," katanya.

Menurut Zaidi, beliau tidak menerima apa-apa bantuan dari mana-mana agensi dan berharap ada yang sudi memperbaiki rumah yang didiami atau membantu menguruskan permohonan perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) kerana tidak pandai membaca
serta menulis.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Zaidi di talian 019-500 3834.

No comments:

Post a Comment