Beranikah Berubah? Pasti?? |
Dalam tak sedar, bulan depan lengkaplah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri Kedah bertukar tangan daripada PAS kepada BN dibawah pimpinan DS Mukhriz Mahathir.
Rakyat Kedah telah memberi mandat kepada anak bekas Perdana Menteri Keempat dengan slogan yang dibawanya.. Berani Berubah..
Setelah dua tahun berlalu, marilah kita kaji dan lihat adakah Berani Berubah adalah slogan semata-mata atau benar-benar ada yang telah berubah?
Cuba kita bertanya..adakah pentadbiran kerajaan negeri telah berubah dari segi kecekapan dan penyampaian, atau sekadar diubah pemegang jawatan? Setakat yang dilihat dari luaran, memang tiada perubahan langsung dari segi kecekapan dan penyampaian. Nak tukar geran tanah, nak mohon lesen itu dan ini, sama saja dengan kerajaan dulu. Yang berubah adalah kadar sewa tapak niaga yang semakin naik. Yang berubah lagi adalah perniagaan orang Melayu dibunuh dengan membawa masuk peniaga Kemboja.
Lihat juga...adakah dari segi sosial menunjukkan sebarang perubahan? Selain dari pertukaran pemegang jawatan Exco daripada PAS kepada BN, tidak juga nampak apa-apa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat. Sudah berapa ribu penagih ketum yang dipulihkan? Atau kerajaan negeri tidak ada pun angka penagih ketum anak negeri? Ataupun kerajaan negeri tidak sedar pun bahawa ketum sudah menjadi fenomena sosial yang merosakkan generasi muda sekarang ini? Pada ketika Herotamil sedang menulis ini pun, entah berapa penagih baru ketum sudah bertambah.
Apakah dari segi ekonomi, adakah ada perubahan kepada negeri dan rakyat? Apakah peningkatan perkapita rakyat Kedah? Adakah kadar pengangguran sudah berkurang? Bagaimana dengan penambahan jumlah usahawan dan perniagaan? Berapa ramai anak muda usahawan baru yang telah diasuh oleh kepimpinan berani berubah?
Dari segi agama? Apakah sudah ada anjakan dalam penghayatan agama anak-anak Kedah? Adalah program agama bermaksud beryahanaanaa sahaja? Tidak adakah inisiatif lain yang tidak menghabiskan sumber dan material?
Herotamil melihat sebagai Menteri Besar, Mukhriz tidak tahu membezakan diantara politik musim pilihanraya dan pentadbiran berorientasikan hasil. Semuanya hendak disukat dari segi berapa riuh bunyi bising dan berapa mukasurat cetakan akhbar tentang sesuatu program, membuktikan bahawa Mukhriz berpolitik pilihanraya sepanjang masa.
Angan-angan nak buat Airport... stesyen bas busuk hanyir pun tak senggara |
Namun, itu bukanlah penting kerana parti hanyalah alat, sebab itulah agaknya parti diperalatkan habis-habis oleh opportunis bagi mengaut apa yang boleh. Apa yang lebih penting dan mengecewakan rakyat Kedah adalah tidak ada apa yang dibawa perubahan untuk anak negeri Kedah.
Suka atau tidak, cubalah bawa hujah kepada Herotamil, apakah yang sebenarnya yang dicapai selain dari promosi projek mega yang entah dimana hujung dimana pangkalnya, tiada siapa yang tahu. Sedangkan stesyen-stesyen bas kegunaan rakyat marhaen tidak langsung dipeduli
Apa sebenarnya yang berubah di Kedah ini? Dari pandangan Herotamil, jika ada pun perubahan adalah perubahan kearah semakin teruk....
Herotamil:
Kalau belum pun masuk dua tahun memerintah dah tersembul macam macam... kalau tunggu PRU14, ada tiga tahun lagi apa macam?..
Herotamil:
Kalau belum pun masuk dua tahun memerintah dah tersembul macam macam... kalau tunggu PRU14, ada tiga tahun lagi apa macam?..