Selamatkan Kedah

Selamatkan Kedah
_____________ LOGO ATAS NI PINJAM DARI MUKHRIZ ________

Thursday, November 20, 2014

KPI Exco...16 Mei 2013 janji: Nov 2014 Belum Nampak Lagi

Apa khabar pembaca HT?

HT sibuk sangat dok perbaik mesin..lepaih tu sambung pula musim menabor, ni baru ada masa sikit nak menulis balik.

HT tak mau tanya banyak-banyak, kata Menteri Besar pada Mei Tahun lepas, ada dibuat KPI tahunan Exco, maksudnya, sampai cukup haul setahun, kena la nilai balik apa yang sudah dicapai.

Setakat hari ni, tak nampak la apa pun yang rakyat Kedah boleh tengok. Bukan setakat pencapai KPI Exco yang rakyat Kedah tak dibagitahu, tapi KPI tu sendiri pun rakyat tak tau.

Cuba baca berita yang HT petik dari bernama dibawah. HT gariskan dibawah kenyataan YAB Menteri Besar, kot-kot tak nampak.


ALOR SETAR, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.

"Beliau perlu berjumpa dengan pelajar kolej itu dan perlu kemukakan beberapa cadangan penyelesaian serta pendekatan bagi memastikan kebajikan pelajar dan kakitangan kolej itu dijaga," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini Khamis.

Katanya pada mesyuarat kali pertama Exco semalam, antara perkara mendapat perhatian ialah isu tanah, kewujudan Majlis Ketua Kampung (MKK) oleh kerajaan terdahulu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Beliau berkata bagaimanapun tiada keputusan besar dibuat dan mereka akan menyegerakan beberapa isu penting dan keputusan mengenai pelbagai isu akan dimaklumkan pada sidang media dalam tempoh terdekat.

Mukhriz berkata kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.

"Saya tak akan guna sewenang-wenangnya kuasa untuk tamatkan lantikan Exco untuk tempoh setahun. Kita mahu semua Exco rangka perancangan dalam tempoh lima tahun untuk mudahkan kita selaraskan kerja.

"Contohnya kalau seseorang Exco tak penuhi KPI 100 peratus tetapi ada perancangan nak penuhi KPI tersebut sudah memadai bagi saya," katanya.

Beliau berkata Exco akan diberi masa untuk menyediakan rangka perancangan dan perbincangan dengan Exco terlibat akan diadakan bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan baik dan beliau bersedia menerima cadangan daripada mereka.





-- BERNAMA